TAJUK BUKU : SELAGI ADA DIA
KARYA NUKILAN : AISYA SOFEA
PENERBIT: ALAF21
CETAKAN PERTAMA : 2008
HARGA : RM19.90
GENRE : ROMANTIK & KEKELUARGAAN
-------------------------------------------------------------------------------------
RESENSI SI UNGU:
Cinta pertama memang indah dan akan kekal menjadi kenangan seumur hidup tapi jika gagal dengan cinta pertama, ia juga tidak mudah dilontar dari minda begitu sahaja...namun rasional sebagai manusia adakala kita kena akur dengan ketentuan takdir tiap yang terjadi ada hikmah yang terselindung...dan tidak semestinya cinta yang datang dan lahir selepas itu tidak bererti....cinta kedua mungkin lebih manis, lebih indah, lebih bererti...yang pasti, jangan menganggap kegagalan yang pertama adalah noktah.
Aisya Sofea dalam karya terbaru beliau ini menyingkap kemelut seorang gadis; Arianni @ Ari yang terjebak dalam cinta pertama yang agak tragis bagi saya yaknijatuh cinta dengan teman lelaki kakak sendiri!!...namun cinta itu jugalah yang akhirnya memecah-belahkan kehidupan harmoninya selama ini juga hubungan kekeluargaannya. Dia menjadi musuh kakak ,ayah juga abangnya sendiri hanya ibu terus disisinya.Dia dijatuhi hukuman sebagai BERSALAH tanpa diberi peluang membela diri walau yang nyata dia hanya mangsa keadaan...lelaki itu;Haris pula bebas tanpa tuduhan malah lebih teruk bersembunyi dari sini Ari. Malang yang menimpa disamping suasana yang tidak langsung menyebelahinya membulatkan tekad Ari dengan keputusan melanjutkan pelajaran nun jauh di Tanah Ratu.
Seperti biasa Aisya Sofea cukup hebat dalam membuai perasaan pembaca dengan lengguk bahasanya yang indah juga jalan cerita yang melankolik. Ini memang sudah menjadi satu tag/ imej/trademark buat karya-karya Aisya Sofea dan menjadi kesukaan para peminat-peminatnya.
Namun satu perbezaan yang cukup ketara untuk naskhah kali ini, heronya bukanlah seperti barisan hero2 ciptaan Aisya Sofea yang terdahulu seperti Zainal Arief, Ahmad Fuad, Lukman Hafizi, Hanif Ashman,Mohd Fikri juga Adam Mukhriz yang muda dan kacak..si hero kali ni berumur 40an, duda yang kematian isteri...Idris Sulaiman yang sedikit misteri tapi bagi saya karektor dan personaliti Idris yang dicipta Aisya Sofea tidak kurang hebatnya, malah lebih istimewa...punya aura dan tarikan tersendiri...saya suka watak Idris, hehehe...dan kali ini juga bukan heronya yang berlesung pipit seperti selalu tetapi heroinnya pula ditampilkan berlesung pipit...kelasss!!
Kisah kali ini banyak sekali menggunakan teknik imbasan kembali untuk membawa pembaca lebih memahami permasalahan yang dialami Ari. Pertemuan Ari dengan Idris dalam pesawat tika dalam perjalanan pulang ke tanahair cukup santai hingga kita mungkin tidak menduga inilah heronya...kesatria yang akan menjadi penyelamat sang puteri yang sering dirundung malang...saya cukup suka cara Aisya menggarap rentetan hubungan Ari dan Idris hingga ke jinjang pelamin. Walau agak kecewa sedikit kerana kisah mereka berdua menyulam cinta begitu pendek namun saya akur disinilah keistimewaan karya Aisya Sofea kali ini. Kita dibiar berteka teki tentang mereka dan pengakhiran hubungan mereka. Walauapa pun, saya sukakan kisah kali ini...cukup romantis dengan cara yang tersendiri. Inilah kehebatan Aisya Sofea bila berkarya. Tahniah dari saya buat Kak Aisya.
Jangan lupa dapatkan naskhah ini. Pasti tidak mengecewakan anda.