Blogger Templates

Tuesday, September 23, 2008

SeGaLanYa UnTukMu


TAJUK NOVEL : SEGALANYA UNTUKMU
NUKILAN : ALEYA ANEESA
PENERBIT : ALAF21
CETAKAN PERTAMA : 2008
HARGA : RM19.90
GENRE :ROMANTIK & KEKELUARGAAN
--------------------------------------------------------------------------
RESENSI SI UNGU:



Trauma jika tidak ditangani dari awal akan menghantui seseorang seumur hidup apatah lagi jika peristiwa pahit/sedih yang dialami itu membabitkan orang tersayang dan berlaku tatkala dalam usia yamg masih muda dan berlaku di depan mata!!..

Inilah intipati juga fokus penulis untuk karya terbarunya ini. Aleya Aneesa mengajak pembaca menyusuri dan menyelami kecamukan perasaan yang dialami oleh peneraju utama cerita ini, Jehanna Aisya yang terpaksa memikul satu beban perasaan yang amat pahit yang dipertanggungjawabkan ke atasnya tatkala usia masih mentah demi sebuah janji.Bebanan ini membentuk diri Jehanna menjadi seorang yang sukar dimengerti, keras hati tapi cekal.Bebanan ini jugalah akhirnya menciptakan suatu tanggapan emosi dalam diri Jehanna yang menjurus ke medan negatif terhadap insan bernama lelaki...namun segalanya berubah bila dia dipertemukan dengan si pemilik nama Fahem Ammar.

Pertemuan pertama kali Jehanna Aisya dan Fahem Ammar yang berlaku dalam suasana agak tegang sedikit sebanyak mencuit hati Fahem untuk mengetahui dan mengenali si gadis misteri. Pertemuan kali kedua juga berakhir dalam suasana yang kurang harmoni dengan masing-masing membawa tanggapan buruk dalam minda terhadap satu sama lain namun tekad Fahem tidak berubah. Jehanna dilihat lain dari yang lain maka misi mendapatkannya diletakkan sebagai fokus utama.

Penulis dilihat berjaya mengajak pembaca sama-sama menyelami hati nurani seorang anak kecil yang membesar dengan bebanan jiwa yang amat berat untuk ditanggung ditambah tekanan jiwa dan perasaan akibat tolakan adik dan abang kandung sendiri. Akibatnya, jadilah dirinya seperti seperti seorang Jehanna. Namun, jauh disudut hati, dia masih ada sifat sebagai insan. Justeru itu, rasa kasih yang terbit di dalam dirinya terhadap Fahem adalah buktinya. Rentetan peristiwa silam yang diimbas kembali dilihat berjaya membina rasa simpati yang mendalam pembaca terhadap Jehanna. Sebagai perempuan, penulis di lihat menggunakan Keseluruh kelebihan itu dalam menggambarkan pergolakan jiwa yang menimpa Jehanna dengan baik sekali.

Peluang Fahem dilihat terbuka tatkala mengetahui Jehanna adalah adik teman baiknya namun ia tidak semudah yang disangka. Jehanna tidak sewenang-wenang membuka peluang padanya. Percaturan antara Fahem dan abang Jehanna juga gagal, namun akibat suatu peristiwa, Jehanna menilai semua tanggapannya pada Fahem. Hubungan terjalin, tambah erat hingga membawa ke gerbang perkahwinan.Namun kebahagiaan mereka tidak ternoktah di sini.

Kecuaian Fahem dalam memahami sifat dan sejarah silam diri Jehanna menggugat perkahwinan mereka...hingga menbawa kepada suatu peristiwa yang akhirnya memisahkan mereka...penulis di sini berjaya menyelitkan maklumat bahawa ketidaktelitian dalam menangani persoalan trauma yang menimpa seseorang boleh membawa akibat yang buruk bukan sahaja pada individu berkenaan malahan orang-orang disekelilingnya. Kita akan turut dibuai rasa simpati yang menderu terhadap 2 peneraju utama cerita ini di dalam mereka menghadapi kepayahan menangkis gelora kehidupan rumahtangga mereka.

Jika ingin mengetahui kisah mereka, dapatkan naskhah ini buat tatapan anda. Ia amat berbaloi dimiliki...dan buat peminat2 penulis ini naskhah ini wajib anda miliki
.

1 comment:

  1. - terima kasih tak terhingga sebab sudi ulas nvl ni, saya sebagai penulis, sangat menghargai usaha yang dibuat oleh penulis blog. terima kasih sekali lagi -

    ReplyDelete