Tajuk Buku : Untuk Awak Teja Aulia
Penulis : Syud
Penerbit : Jemar Seni Publishing
Harga : RM20.00
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Romantik
Bintang : 3.5
-------------------------------------------------------------
benarkah lelaki dan perempuan tidak mungkin boleh menjadi sahabat baik...akan tergelincirkah salah seorang lalu terhumban ke gaung gelora perasaan.
* * * * * * *
Untuk Awak Teja Aulia (UATA) - Resensi Si Ungu;
1. Tema;
Tema cinta dan persahabatan antara dua insan, Teja Aulia dan Adil. Persahabatan yang penuh pelangi. Adil yang menyimpan rasa suka pada Aulia dalam diam. Takut dan ragu-ragu untuk mengungkapkan perasaannya kerana tidak mahu ia nanti akan menjejaskan persahabatan akrab antara mereka berdua. Aulia yang kurang jelas dengan perasaannya pada Adil walaupun hakikatnya diri juga hidupnya tidak boleh dipisahkan dengan Adil. Adil hadir pada setiap gerak nadi hidupnya. Saling mempengaruhi antara satu sama lain. Itulah mereka berdua.
2. Perwatakan;
2a) Teja Aulia - sifatnya yang kelam kabut, ego, ada ketikanya sedikit emosional dipotretkan dengan cukup baik dan berkesan. ketidakpastian perasaannya pada Adil dapat dilukiskan dengan sebaiknya oleh Syud. Gelojak perasaan yang penuh warna tatkala mengharungi musim duka tanpa Adil sebaiknya dipenakan penulis ini.
2b) Adil - tenang, bersifat melindungi, mengalah banyak pada Aulia yang ada kalanya bersifat menguasai Adil. Adil indah ditangan Syud walaupun mungkin ada yang meluat dengan sifat ketenangannya yang melampau.
3. Gaya Bahasa;
biasa-biasa. Tiada elemen metafora atau personofikasi yang keterlaluan. Gaya yang sesuai dengan mood dan perjalanan cerita juga latarnya.
4. Plot;
Linear. Kronologi tiap peristiwa juga jalinan antara tiap bab saling digarap dengan baik. Tiada lompang masa yang boleh menganggu persembahan cerita. Cuma saya kira "perpisahan" antara kedua watak dengan plot penghidupan masing-masing yang agak panjang lalu dipertemukan di penghujung cerita dengan penamat yang singkat mengurangkan sedikit rencah perisanya.
5. Mesej;
Apa ye mahu disimpulkan pada naskhah ini. Cuma satu yang dapat saya rumuskan. Dengarlah keputusan hati yang sudah diminta bantuan dari-Nya didalam menentukan keputusan dalam hidup. Jauhi sifat terburu-buru kerana padahnya sudah banyak yang tersurat didepan mata. Malu, ragu, tiada keyakinan, prasangka itu musuh utama diri kita sendiri. Percayalah pada diri sendiri. Sekurang-kurangnya usaha...bukan hanya sekadar menyerah....dan menunggu.
Tahniah buat penulis untuk sebuah UATA...
No comments:
Post a Comment