Tajuk Buku: Korban Kasih
Nama Penulis: Fatimah Saidin
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Harga : RM10.00
Cetakan Ketiga : 2007
Genre : Kekeluargaan
Bintang : 5
-----------------------------------------------------------
Air dicincang
Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.
Seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.
Abang,
saat dikau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mangaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.
Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.
Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.
---------------------------------------------------------------------------
Resensi Si Ungu:
Usai membaca karya nukilan Fatimah Saidin ini, perasaan sayu dan sedih masih terus bermukim di hati..dan ia masih terus berbekas hingga saat ini. Karya nukilan penulis kreatif ini saya rasa cukup menyentuh jiwa, sehinggakan saya banyak kali terhenti saat membacanya terutama pada suasana dan babak yang membabitkan “penganiayaan” seorang emak pada anak kandungnya sendiri...kejamnya insan bergelar emak dalam naskhah ini!. Mungkin sukar untuk diterima tapi kejadian sebegini bukan mustahil berlaku diluar sana malah telah ada catatan peristiwanya...seperti kata watak utama dalam cerita ini ungkapan “ ibu mana yang tak sayangkan anaknya” itu membuat dia tertanya-tanya kebenarannya..sungguhkah boleh dipertikaikan kebenarannya?
Biat-bait pada puisi di atas cukup menceritakan segala isi dalam naskhah ini...ia begitu meruntum hati tatkala saya membacanya, gambaran tentang kesedihan seorang adik yang menangisi nasib malang abang kandungnya dari perbuatan emak kandung mereka sendiri...gambaran dan rintihan kerinduannya pada si abang kesayangan yang tidak bertepi!...walau bagaimana bentuk sekalipun gelombang kehidupan hubungan kekeluargaan tidak mungkin terputus!...mana mungkin dapat kita mencincang air!
Korban Kasih(KK) membentangkan sebuah catatan kehidupan dari mata dan ingatan seorang adik, Imah buat abang kesayangannya, Jalil. Siti Fatimah @ Imah anak bongsu dari lima beradik; Aziah, Aziz, Abdul Jamil dan Abdul Jalil.Catatan Imah berkisar tentang kisah kehidupan diri dan keluarganya dari dia masih kecil hingga menginjak dewasa. Satu catatan perjalanan peristiwa bertempoh masa yang saya kira cukup panjang..20 tahun. Setiap peristiwa diperlihatkan penulis dengan begitu berkesan sekali seolah-olah kita terasa turut berada di latar peristiwa. Saya suka sangat dengan gambaran kehidupan desa yang dipaparkan penulis, cukup hidup sekali!.Menerusi catatannya, Imah menceritakan kisah sedih abangnya Jalil yang sedari kecil dinafikan haknya oleh emak mereka. Dia dibezakan secara terang-terangan, baik dari segi kasih sayang mahupun kebendaan.Amarah dan sindiran sudah lali di telinganya. Hanya ayah mereka yang sering menjadi benteng tempat Jalil bersandar..namun kepergiaan ayah mereka adalah titik tolak kepada peristiwa besar yang melanda hidup mereka sekeluarga, benteng yang selama ini tempat Jalil bertahan sudah runtuh, payung yang selama ini tempat dia berteduh sudah tiada...kesatria penyelamat dirinya sudah dibawa pergi...Saya paling tersentuh pada babak Jalil menangis di kuburan ayahnya selepas dia dibelasah teruk emaknya dengan penyapu lidi hanya kerna dia dengan tidak sengaja terlanggar emaknya di tangga !
Penulis menggarap kemas plot KK. Sukar sekali mencari kelemahan plot KK yang ditangani dengan cukup cemerlang oleh penulis dan editornya. Kisah KK penuh dengan persoalan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang cukup baik untuk dijadikan sempadan dan tauladan. Sebuah persembahan yang cukup cemerlang dari sudut tema/mesej, plot dan jalan cerita, laras bahasa, latar juga tidak ketinggalan perwatakan yang menjadi kekuatan naskhah hebat ini.
Kecemerlangan KK banyak disokong oleh kekuatan pembinaan watak-watak utama yang menerajui cerita ini. Pemahaman watak dan krisis perwatakan yang ditunjukkan begitu cemerlang menerusi watak Imah dan abangnya, Abdul Jalil. 2 watak ini dibina dengan sokongan psikologi yang cukup kuat yang membawa keserlahan perwatakan mereka dalam keseluruhan perjalanan cerita. Jalil bagi saya sebuah watak yang cukup istimewa, tersendiri dan menjadi fokus utama dalam KK menerusi penceritaan Imah. Watak Jalil menjadi contoh yang baik buat ibu bapa agar tidak sesekali mendiskriminasi, menganiaya anak-anak kerna balasan dari-Nya tetap ada kerna mensia-siakan amanah yang dikurnia!.Watak-watak sampingan lain seperti Ayah, Abdul Jamil, Aziah a.k.a Kak Long, Aziz a.k.a Abang Ngah,Nenek Limah, emak dan Rafizal juga cemerlang dilayarkan penulis.
Buat penulis...sukar untuk saya menggambarkan kekaguman saya pada nilai kehidupan yang ada dalam naskhah Korban Kasih ini. Ia banyak menyedarkan saya agar sentiasa besyukur dengan apa yang saya perolehi dari mak dan arwah abah selama ini..biarpun bukan kebendaan namun saya tidak pernah kurang apa-apa.Semoga jemari hebat anda akan terus melakar kisah-kisah kehidupan yang penuh coraknya buat tatapan para pembaca sekalian.
Bagi anda pembaca, saya fikir masa anda tidak akan terbuang walau sekelumitpun jika membacanya...banyak yang dapat anda kutip disepanjang perjalanan kisah berjajaran 386 mukasurat ini. ..bacalah kerana ia sesungguhnya cukup istimewa, cukup sarat mesej kehidupannya.
Nota buat GK acun:
macih beb sebab bersusah payah menyelongkar gobok lu mencari buku ini untuk wa...

tumpang tanye..nk jual ke buku korban kasih tu..? klau nk jual..sy nk beli..
ReplyDelete