Tajuk : Tiada Yang Kedua
Penulis : Sania Yasmin
Penerbit : Alaf21
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama: 2009
Genre : Romantik
Bintang : 3.5
--------------------------------------------------------
“...Love is blind and marriage is the eye-opener…Pauline Thomason ”
Resensi Si Ungu :
Sebuah lagi naskhah “kahwin paksa” yang dipersembahkan buat pembaca yang sukakan cerita berirama romantis ala-ala benci tapi suka. Sebuah persembahan yang santai, ringan dan mudah dihadam oleh minda. Cinta selepas kahwin ternyata lebih indah, lebih jujur dan lebih tulus. Tiada lagi istilah “control macho” atau “control ayu” kerana segalanya sifat luaran dan dalaman akan terserlah bila sudah sebumbung.
Ini merupakan naskhah kedua nukilan penulis yang saya baca selepas Satu Anugerah. Seperti juga dengan naskhah pertama yang saya baca itu, penulis di mata saya memang gemar dan mahir dengan genre romantik didalam berkarya. Wadahnya nampak hidup, mampu mengamit perasaan dan membuai hati pembaca tanpa mengabaikan mesej-mesej kekeluargaan untuk diamati dan dihayati oleh khalayak pembaca.
Tiada Yang Kedua (TYK) membawa pembaca menyusuri kehidupan seorang isteri muda ; Shahira Batrisya @ Shira yang berkahwin dengan Imran atas aturan keluarga. Shira menerima dengan reda namun Imran yang sudah sedari awal mempunyai pilihan hati; Aniza enggan mengiktiraf kedudukan Shira sebagai isterinya dan membuat perjanjian untuk meleraikan ikatan perkahwinan mereka dalam tempoh 2 tahun kerana Imran hanya menyintai Aniza dan sudah berjanji untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu. Namun bila Imran jatuh cinta dengan layanan dan keikhlasan Shira dan mula menjauhi Aniza konflik antara ketiga-tiga mereka tercetus. Aniza yang merasa ditipu Imran bertindak membalas dengan menganggu Shira dan menuntut dia menunaikan janjinya. Shira akur, dalam diam tanpa pengetahuan Imran dia meninggalkan rumah dan pergi jauh. Namun jodoh mereka kuat, Shira berjaya dijejaki namun sekali lagi Imran melakukan kesilapan besar yang sukar diterima Shira lalu bertindak membawa diri dan anak mereka meninggalkan Imran dan memutuskan untuk tidak kembali pada Imran. Bagi Shira kesalahan dan ketelanjuran Imran sukar sekali dimaafkan.
TYK membawa tema kasih sayang, kekeluargaan yang cukup utuh yang sarat dengan mesej tersirat oleh si penulis berbakat ini .Ia tema yang cukup indah dizahirkan penulis kerana jalan ceritanya penuh elemen kasih sayang yang tidak terbatas sempadannya.Penulis menggarap begitu indah rantaian hubungan istimewa ini sehinggakan kita cukup tersentuh dan merasai tiap detik yang dilalui watak-watak dalam cerita ini. Perwatakan Shira adalah yang terbaik di dalam memenuhi kreteria insan yang sarat dengan elemen kasih sayang di dalam jiwanya.
Plot cerita berjajaran kronologi dan ia disempurnakan dengan begitu baik oleh penulis. Biarpun ada dalam situasi tertentu penggunaan flashback digunakan, ia bersesuaian dengan motif penyampaian jalan cerita agar lebih mudah difahami dan diikuti oleh pembaca.
Perwatakan yang dibina penulis dalam naskhah ini mendominasikan Shira selaku peneraju utama. Watak Shira diperlihatkan penulis sebagai wanita lemah lembut yang penuh dengan elemen kasih sayang , seorang wanita yang agak sempurna pakej fizikalnya, anak yang taat pada ibu bapa dan isteri yang cukup sempurna dan menjadi idaman tiap lelaki, jadi tidak hairanlah Imran begitu cemburu dengan kelebihan isterinya di mata teman-teman sepejabatnya hingga tergamak menuduh isterinya sedemikian rupa! Saya tidak begitu gemarkan perwatakan Imran. Bagi saya dia lelaki yang hipokrit, tidak berpegang pada janji, tamak dan terburu-buru di dalam bertindak. Sewajarnya insan yang berpelajaran tinggi dan menjawat jawatan penting sepertinya lebih rasional dan berfikiran lebih matang tatkala bertindak dan membuat keputusan. Saya lebih sukakan watak Aniza dan Rizal. Biarpun mereka hanya ditampilkan sebagai watak pembantu namun penampilan mereka jauh lebih baik dan membayangi sang hero dalam naskhah ini. Sayang sekali watak kedua-dua mereka dibiarkan tergantung begitu.
Penggunaan laras bahasa dalam TYK cukup santai, ringan dan tiada penggunaan istilah-instilah yang keterlaluan atau memualkan deria telinga pembaca. Penulis bagi saya semakin mahir dalam pengolahan bahasa dalam karya beliau.
Buat penulis muda dan berbakat besar ini, tahniah diatas kelahiran karya anda ini. Semoga anda akan terus cemerlang berkarya dipersada seni penulisan kreatif tanahair dan terus gigih memenakan catatan kisah-kisah buat tatapan pembaca juga peminat-peminat anda.

baru jek grab dis book last saturday....lum lagi bace..look at the sinopsis at the back, mcm menarik...xsabar nk bace,,i like da storyline based on kawen pksa, benci , pastu rindu2an..:-)
ReplyDeletekalau suka tema mcm tu, u'll njoy it...hepi reading ye!
ReplyDelete