Tajuk Buku : Bintang-Bintang ke Syurga
Penulis : Xarine
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Kehidupan
Bintang : 4
Penulis : Xarine
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Kehidupan
Bintang : 4
----------------------------------------------------------------------
"Cinta itu letaknya di dalam dada, semaraknya di hati…bukan di hujung bibir untuk jadi bahan jajaan merata-rata… "
Resensi Si Ungu:
Kata penulis ini adalah perutusan cinta. Cinta dari kacamata seorang lelaki. Cinta yang penuh simbolik, cinta nan tulus . Pencarian cinta dari lelaki yang berpegang pada falsafah cinta-Nya. Cinta yang penuh berkat. Ikutlah apa yang disarankan-Nya, nescaya Dia pasti akan mencintai kamu kerana cinta Allah itu cinta yang kekal abadi. Carilah cinta-Nya sebelum mencari cinta manusia kerana dengan mencintai-Nya sepenuh hati, nescaya cinta pada manusia akan lebih sempurna dan dirahmati.
Sebagai hamba Allah yang penuh yakin bahawa peta kehidupan ini bukan ditangan kita untuk ditentukan topografinya, adakala kita berdepan dengan cabaran juga dugaan, maka apa yang terdaya hanyalah redhalah dengan apa yang tertimpa, tingkatkan usaha dan doa moga dengan limpahan kurnia-Nya apa yang kita harap-harapkan tertunai kerna kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-cita setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah diri serendah-rendah rumput di bumi. Begitu sarat sekali falsafah kehidupan yang diterjemahkan oleh sang penulis muda ini didalam karya pertama beliau yang saya rasanya cukup tersirat tauladannya.
Bintang-Bintang ke Syurga (BBKS) merupakan naskhah sulung penulis muda yang cukup berbakat ini. Naskhah ini sedikit berlainan dari yang biasa kita tatap. Konsepnya bersifat nasihat dalam tiap kisah yang dipaparkan menerusi tiap rangkaian bab pada naskhah ini. Satu persembahan yang saya rasakan sangat baik kerana disetiap kisah yang dinukilkan pasti ada rasa yang cukup menggamit jiwa, ada antara kisah itu mencetus panggilan dalam hati yang bagai mengesa kita melihat diri di cermin…bagaimanakah diri kita, begitukah atau beginikah?, tepuk dada, tanyalah diri!
Struktur plot BBKS agak berlainan sedikit dari yang biasa kita temui digarap dengan mainan emosi nan sangat indah, penuh melankolik serta dramatik dari awal hinggalah ke penghujung cerita. Cantik paparan dari tiap bab lengkap dengan tajuknya sekali bagi memberi gambaran tentang isi kisah yang diungkai penulis, cantik dan cukup berseni sekali. Sedikit terdapat teknik imbasan kembali ditampilkan penulis kala menjelaskan kisah yang lalu demi memberi gambaran yang sejelasnya pada pembaca. Satu konsep persembahan plot cerita yang cukup menarik sekali dan disunting dengan cukup berhemah sekali. Kesinambungan kisah dari tiap bab bagaikan jalinan mutiara yang perlu cukup bilangan biji mutiara itu dalam mencorakkan bentuk akhirnya.
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya". Inilah cabaran dan dugaan yang diharungi watak utama naskhah ini; Imran Mohamad didalam mengharungi kehidupan, didalam mengenal wanita dari perspektif yang tersirat. Perwatakan Imran cukup tulus di mata saya. Jujur dan penuh takzim orangnya. Saya sukakan watak Imran. Dia ikon lelaki yang sangat menarik. Maka tidak hairanlah dia jadi buruan para siswi tidak kira yang bertutup mahupun yang terdedah!. Imran dipotretkan tidak melihat dan menilai wanita secara zahir sahaja. Dia ada kayu pengukurnya yang tersendiri di dalam melihat wanita dari kacamata seorang Imran.

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." Inilah wajah yang ditemui Suzila, si ratu kampus @ Pelangi dalam diri Imran. Perwatakan si ratu kampus ini cukup menarik sekali digambarkan penulis. Dia yang terkenal dengan imej ala ala artis sewaktu di kampus seringkali mencetuskan tanggapan yang kelam dikalangan mahasisiwa yang dangkal mindanya. Sedari awal dia bagai si kunang-kunang yang tidak disedari kelipan cahayanya, namun hanya yang punya mata hati mampu melihat kejernihan hati dan kemurnian sifatnya yang cantik itu, seindah wajah yang memayungi dirinya dan Imran sudah melihatnya sedari awal. Perwatakan Suzila bagai cermin untuk kita tidak sesekali menilai insan lain hanya bersandaran penampilan luaran, kerana kita bukan siapa-siapa. Perwatakan Hamzah cukup comel sekali. Lucu sekali mendengar dialog Terengganunya. Dia sahabat yang sukar kita temui di dalam dunia realiti, mungkin satu dalam seribu. Nazira sedari awal terkeluar dari senarai watak kegemaran saya. Cukup menjengkelkan sekali gadis ini, tetapi memang ada manusia sebegini di luar sana. Saya sukakan watak pakcik Mat, ayah Imran. Dia ikon seorang ayah mithali yang tiada tandingannya. Cukup prihatin, tidak melatah penuh dengan sifat diplomasi.
Keindahan naskhah ini juga banyak didasarkan pada gaya bahasa yang mewarnai kisah ini. Sisipan elemen personifikasi, gambaran kehidupan yang penuh metafora , aluanan dialog bahasa yang adakalanya sangat puitis begitu mencantikkan naskhah ini. Cerita yang mengadunkan adegan-adegan kehidupan manusia yang dicipta secara terus, jujur bersesuaian dengan latar cerita yang memperlihatkan perjalanan kehidupan seorang anak kampung yang penuh onak ranjau didalam mendaki kejayaan dalam hidupnya. Satu paparan realiti kehidupan yang cukup menarik untuk diteladani.
BBKS memperkenalkan pembaca pada seorang Imran Mohamad pemuda kelahiran negeri Kelantan, graduan kejuruteraan dari USM yang diduga dengan kegagalan cinta pertama; Aisyah dan dalam masa yang sama berjuang mengadapi cabaran sekeliling bila gagal memperolehi pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya. Demi tidak menyusahkan ibu dan ayahnya, dia mengikut ayahnya ke Sungai Siput bekerja secara sambilan sebagai buruh di kilang papan. Kesukaran bekerja di kilang memberikan Imran gambaran betapa pengorbanan ayahnya selama ini membesarkan diri dan ahli keluarga yang lain mencetus semangat diri untuk membela nasib keluarga. Di kilang ini jugalah dia berkenalan dengan teman karib ayahnya; Pak Hab yang tanpa diduga menyukainya hingga dia cuba digandingkan dengan puteri Pak Hab; Nazira bakal guru yang masih menuntut di UPSI. Nazira secara luaran memang calon pilihan mertua, tapi tidak di dalam…banyak kepincangan sifat diri yang sedikit demi sedikit terserlah warna sebenarnya!.
Di sini juga didalam majlis ulangtahun yang dianjurkan kilang tempat dia bekerja dia dipertemukan semula dengan Suzila, si ratu kampus yang sama-sama belajar dengannya di USM. Suzila yang tanpa diduga Imran merupakan anak pemilik hotel tempat majlis itu berlangsung. Kerdil diri dirasakan saat berganding bersama si cantik jelita itu namun Suzila tidak sedikit terkesan dengan perbezaan tersebut. Jurang sosial antara dirinya dan Suzila bagai menyedarkan dirinya untuk tidak lena dengan anganan sendiri sedangkan tanpa dia ketahui si ratu kampus itu sudah lama memujanya dalam diam!. Berkat kesabaran , Imran berjaya memperolehi jawatan jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang dan hubungannya dengan Suzila kian mekar namun rintangan yang terpaksa ditempuh tidak sedikit malah hampir mengaibkan maruah diri Imran!
Dunia ini umpama lautan yang luas dan kita -kita ini umpama kapal yang sedang belayar dilautan tidak bertepi, telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Inilah intipati mesej penuh tersirat penulis di dalam naskhah ini buat renungan , buat pedoman juga panduan khalayak pembacanya.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan kepada sekalian hambanya di dunia ini. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup lebih bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan dan ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci yang menggamit tangan menyentuh bintang menuju ke syurga.
Bagi anda yang gemarkan sesuatu yang berlainan pada bahan bacaan kreatif , Bintang-Bintang ke Syurga ada jawapannya. Jangan lepaskan peluang memiliki naskhah sulung penulis muda nan berbakat ini. Buat penulis, tahniah dari saya…karya anda ini penuh nilai kehidupan yang begitu menyentuh sanubari . Semoga anda akan terus cemerlang berkarya di masa hadapan.

No comments:
Post a Comment