Blogger Templates

Wednesday, February 17, 2010

JaUhari HaTiku...


Tajuk : Jauhari Hatiku
Penulis : Imias Farhani
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama: 2010
Genre : Drama & Kekeluargaan
Bintang : 3


----------------------------------------------------------

“umpama kemboja yang sentiasa setia teduh memberi rendang pada pusara, menabur wangi ke bumi…”

Resensi Si Ungu:

Ikatan persahabatan yang dimulai dengan niat yang ikhlas dan dijalin dengan penuh batas persempadanannya akan kekal berpanjangan hingga ke akhir dan sukar tergugat biar apa juga halangan yang datang. Lalu bila status hubungan ini meningkat ke satu anak tangga, akan terlerailah ikatan persahabatan tersebut atau akan terus berpanjangankah ia. Inilah intipati juga mesej dalam naratif penaan penulis baru yang muncul dengan karya sulungnya; Jauhari Hatiku.

Selalu kita dengar orang berkata lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi bersahabat baik kerana hubungan akrab berlainan jantina ini pasti mengundang pandangan yang pelbagai versi dari masyarakat sekeliling. Namun penulis saya kira cuba membawa dimensi lain dalam menilai erti keikhlasan didalam hubungan yang sebegini.Lalu wujudlah Farisa dan Daniel McCormick didalam penulis merealisasikan maksud beliau ini. Saya kira penulis sudah sebaiknya memotretkan kedua-duanya sebagai menjelaskan ya, lelaki dan perempuan boleh menjadi rakan paling akrab! Dan keakraban itu jugalah akan memberi peluang dan ruang kepada kedua-duanya untuk lebih saling mengenali dan memahami diri masing-masing didalam mencari titik keserasian. Bak kata orang hanya Jauhari yang lebih kenal Manikam. Antara kaca dan permata, sama indah, sama bercahaya namun hanya mata hati sahaja lebih tahu yang mana lebih bernilai.

Naskhah ini menyingkap kisah kehidupan seorang pengaturcaraan bebas; Farisa Othman yang diikat bekerja secara kontrak dengan Fortress Holidngs Berhad kepunyaan anak muda berdarah kacukan cina-inggeris; Daniel McCormick seorang duda anak satu. Sikap Farisa yang dedikasi pada kerja amat disenangi Daniel dan dari situ ia membina satu hubungan persahabatan yang akrab antara mereka berdua. Hubungan mereka makin erat bila Farisa secara ikhlas menawarkan diri menjaga Samantha, anak Daniel sementara Daniel mencari pengasuh buat anaknya. Biarpun ditentang oleh ibunya; Mak Piah kerana khuatirkan pandangan serong masyarakat Farisa tidak langsung tergugat dengan perkara itu kerana baginya niatnya ikhlas membantu. Sikap tegas Farisa amat mengharukan Daniel dan dalam diam dia makin tertarik pada kepribadian dan diri Farisa. Keakraban Farisa dan Samantha bagai sukar dipisahkan dan kasih sayang Farisa begitu sebati didalam diri anak kecil ini dan akhirnya membuatkan Mak Piah akur bahawa anaknya itu benar-benar ikhlas didalam menjaga Samantha. Saat Farisa jatuh sakit dan terlantar di hospital, Daniel membatalkan perkahwinan yang diatur keluarganya demi mahu berada disisi Farisa. Dan ketika itu jugalah terbongkar identiti baru Daniel yang sebenarnya.

Perwatakan dalam JH lebih memberikan tumpuan yangkepada tonggak utama cerita ini; Farisa Othman dan penulis menggarap perwatakan Farisa dengan sebaiknya. Bahasa tubuhnya juga baik dizahirkan penulis. Daniel McCormick adalah hero yang saya kira sangat sederhana dipotretkan penulis namun pergolakan dalaman diri Daniel didalam menzahirkan rasa kasihnya pada Farisa cemerlang ditangani penulis.Tiada watak antagonis yang mencabar didalam JH. Reeta dan Angela saya kira lebih kepada watak sampingan yang tidak langsung menggugat pada hubungan Daniel dan Farisa. Saya lebih menyukai peranan Samantha/ Siti Sarah yang memberi tranformasi watak yang sangat berkesan didalam naratif ini.

Pengolahan plot cerita sedikit lemah dan corak persembahan penceritaan penulis agak meleret. Saya kira penulis mempunyai isi cerita yang baik untuk diketengahkan cuma kelemahan garapan yang longgar ditambah kealpaan menjaga jalinan cerita agar tidak terlalu mendatar menjadi punca utama kelemahan ini. Saya kira jika editor bijak mengenalpasti kelemahan ini dan memberi maklumbalas pada penulis untuk diperbaiki nescaya naratif ini pasti lebih mantap. Gaya bahasa mengaplikasikan lenggok bahasa harian. Tiada unsur/ elemen melankolik juga personifikasi yang digunapakai penulis didalam naskhah sulung beliau ini.

Jauhari Hatiku merupakan satu percubaan pertama penulis baru ini yang saya kira agak baik persembahannya jika dinilai secara keseluruhannya. Sebagai karya pertama ditambah dengan latarnya yang saya fikir bukanlah dari daerah penulisan maka kekurangan yang ada pada naskhah sulung beliau ini diharap akan menjadi pemangkin untuk penulis lebih bersemangat untuk berkarya dimasa hadapan. Jadikan tiap komentar sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan.

Buat Imias Farhani, tahniah atas percubaan pertama anda ini. Semoga anda akan terus gigih berusaha, mempertingkatkan kemahiran, memperbaiki kelemahan dan terus kreatif berkarya di masa hadapan dan memotretkan kisah-kisah masyarakat untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

3 comments:

  1. salam ziarah...
    seronok membaca ulasan di blog saudari.mungkin kita punya persamaan iaitu membaca novel tp sy tak mampu untuk mengulas mendalam sebegitu...

    ReplyDelete
  2. salam cikgu (betul kan, hehehe)...terima kasih sudi singgah blog kucc. Hmm, so bertambah seorang lag kenalan yang sealiran dgn kucc...seronoknye!

    hmm..soal mengulas ni siapa pun boleh cuba cikgu...lontarkan sahaja pendpt & rasa yg kita perolehi...lain org lain caranya yg ptg kita berkongsi rasa dan bertukar pandangan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi mengulas novel saya...saya akan cuba memperbaiki mutu tulisan di masa akan datang..kepada sesiapa yg ingin membaca Bab 1 hingga Bab 5 Jauhari Hatiku, boleh layari blog saya http://imias-farhani.blogspot.com...;-)

    ReplyDelete