29/8/09, 10.30pagi.
Janji dengan Rinn di LRT Masjid Jamek 10.30pagi. Kami kemudian menaiki tren ke KLCC. Sampai di sana, kami bergerak masuk ke dalam bangunan KLCC. kucc cari ATM, jumpa tapi hampeh betol, mesin tak boleh keluarkan $$ lak pulak, issh...duit tu memang bawak laa, takut terOVER...tu yang nak tit tit, sekadar nak stand by jer..mana la tau kan...then kami bergerak ke kaunter pertanyaan tunggu adik Rinn dan kawan dia. Mereka sampai jer kami terus bergerak ke KL Convention Centre untuk ke Bookfest 2009. Sampai jer kami siap diambil suhu oleh 2 petugas berbaju jubah putih sah sah HINI ni..."selamat?" kucc tanya, "selamat kak, boleh masuk"hehehe. Then masa nak masuk kami diarah ke kaunter untuk bayaran masuk. Lorr kena bayar nak masuk rupanya, 2 hinggit...ciss, KLBF yang gah gaban tu pun xkenakan bayaran...tapi ni kan pengalaman namanya, sekurang-kurangnya tahu la apa benda nya Bookfest tu. So dengan 2 hinggit tu dapatlah gelang hijau dan buku merah (macam pic kat atas tu...).
Kat dalam dewan tu Kucc,Rinn berpecah ngan adik Rinn & kawan dia. Kami berdua macam biasalah attack kat area novel jer. Rinn beli untuk dia ngan kawan-kawan yang kirim buku. Tak banyak sangat novel2 yang ada...sekadar menyebut apa yang kucc nampak Alaf, Jemari Seni, Karnadya, NB Kara, CESB, PTS, Kaki Novel. Ada yang diberi diskaun 20% dan ada yang 25%. kucc beli yang ni jer...
29/08/09, 12.20 tengahari.
Kucc dan Rinn bergerak ke PNM. Adik Rinn dan kawan dia tak ikut kami, mereka ada agenda lain ke BTS. Kami naik tren ke Masjid Jamek dan transit naik Star untuk stesen Titiwangsa kemudian terus ambi, teksi ke PNM. Wahh..akhirnya kami berdua berjaya jugak menjejakkan kaki ke Perpustakaan Negara, issh memalukan sungguh ek, dah lama bangunan ni didirikan barulah kini kucc dapat sampai ke sini. Tapi kan..at least kami berdua adalah jugak pengalaman ke sini kan...kalau orang tanya tu, tak lah malu...hehehehe. Jualan buku tak banyak sangat, Rinn sempatlah berborak-borak dengan staff dari Pekan Ilmu...siap beri komentar lagi cik kak tu kat depa pasal buku diaorang...hehehe. Kami kemudian masuk ke dalam bangunan perpustakaan. kucc sempatlah sahkan pendaftaran keahlian yang dah berkurun dibuat secara on line, terukkan kucc. Rinn taknak daftar. Kata Rinn, "bila masanya aku nak mai sini...hang takpa la, dekat wei.."alasan yang cukup konkrit dari Rinn, almaklum Rinn tinggal jauh sangat dari PNM ni. Lepas dan settle urusan pendaftaran, kami masuk ke ruang pameran. Banyak penerbitan PNM jer yang dipamerkan kat ruang dalam ni. Inilah yang kucc beli (macam dalam pic kat bawah tu...VCD lagu kanak-kanak ), Rinn pun beli sama tau, hehehe. Kami kemudian naik ke tingkat ruang buku-buku fiction, kami pun sempatlah menjengok-jengok novel-novel kat tingkat ni...banyak jugak, ada buku sastera lama, buku yang baru ada jugak, paling baru pun ada tu. Kami dimaklumkan oleh petugas kaunter buku-buku di tingkat ini hanya untuk dibaca sahaja. Jika ingin meminjam perlu ke Wisma Sejarah, bangunan disebelah, lorr macam tu pulak...sebabnya, buku-buku dah terlampau banyak tempat tak cukup jadi sebahagiannya sudah dipindahkan ke bangunan sebelah.
29/08/2009, 2.30ptg.
Selesai solat di surau PNM kami bergerak keluar. Naik jambatan pun sempat pose lagi..hehehe, Rinn biasalah segala ceruk nak disnapkannyer. Kami naik bas B114 ke Titiwangsa, kemudian transit naik Star ke PWTC. Rinn nak cari buku kat The Book Chest. Kami sesat...tak jumpa The Book Chest, hahaha..turun naik eskulator, pusing-pusing kat tingkat 4 tu tak jumpa gak..aduh, camner ni beb...so kucc kata kat Rinn " jap beb, aku call kay..". Lorr sah kami puasa sungguh sampai tak nampak jalan ke The Book Chest, padahal depan mata jer..hahaha, thks kay!. Rinn jumpa laa buku2 yang dia cari2, alhamdulillah hepi member. Kucc sebenarnya cari buku lain..tapi jumpa buku lain pulak, so..apa lagi, rembat jer la kan..hehehe.
29/08/2009 , 4.30ptg.
Dah selesai urusan di The Book Chest, kami pergi membeli-belah juadah berbuka kat Medan Hang Tuah kat situ. Then bergerak keluar untuk ambik tren balik. Kucc turun di Masjid Jamek dan Rinn akan meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Selatan sebelum transit untuk ambik ERL ke Putrajaya. Kucc sampai rumah kul 6ptg. Wah penat jugak sehari suntuk jalan-jalan, tapi berbaloi...banyak pengalaman baru yang dapat dikutip dalam perjalanan sehari ini.
Nak tunggu review kucc utk buku Bila Musim Berganti
ReplyDeletewan empok - kita tgh mood hepi laa ni, nk kena panggil mood sedey dulu br leh bc BMB,hehehe..insyaallah.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBagusla kak sempat lg pi cr buku pose2 ni...ni beli2 buku baru stok buku wkt pesta buku@PWTC dh hbs bace ke blum????hehe..Selamat membaca n review la yer..
nur - hikhik, ada kurang 50 lg utk dibc nur, tp biasalah akak ni, pantang nmpk, kalau berkenan sambar jer..tu yg senarai menunggu xsurut2 gak, hahaha...
ReplyDelete