Tajuk Buku : Pelangi
Penulis : Syud, Hlovate dan Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM22.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 4.5
------------------------------------------------------------
Resensi Si Ungu:
Ceritera I: Pelangi oleh Syud
“ Dia seperti sesuatu yang berwarna-warni...tetapi tidak semua orang nampak. Dia macam…Pelangi…”
Kali ini Syud mempersembahkan sebuah sketsa kehidupan yang cukup mempersonakan. Sebuah lakaran kisah kehidupan manusia yang nampak biasa-biasa aja, mungkin... tetapi keistimewaan Pelangi bawaan penulis muda ini ternyata cukup memukau. Beliau menterjemahkan makna perkahwinan didalam konteks apakah cinta selepas kahwin itu bisa bahagia?, apakah perkahwinan yang tidak dimulai rasa cinta itu bisa kekal selama-lamanya?. Apa maknanya perkahwinan itu sebenar-benarnya?.
Bertemakan cinta yang digarap dengan cukup halus, penuh emosi, penulis muda ini ternyata semakin matang memperlihatkan kemahirannya didalam mencorakkan karya beliau. Pelangi lari dari tema cinta remaja seperti karya-karya terdahulu beliau; Tentang Dhiya & Tas Merah Jambu. Pelangi memberikan dimensi baru didalam kita melihat kehidupan. Perkahwinan yang tidak dimulai dengan hubungan cinta bisakah bahagia apatah lagi bagi pasangan muda yang terdidik, terdedah dengan cabaran dan dugaan dunia semasa. Mesej penulis cukup indah dilakarkan didalam naskhahnya kali ini. Percaya adalah tunjang kebahagiaan sesebuah institusi perkahwinan. Samada berkahwin dengan rasa cinta atau sebaliknya, setiap pasangan perlu punyai rasa kepercayaan pada pasangannya. Bila rasa percaya itu goyah, maka akan mudah badai mengambil tempat.
Plot kronologi mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini. Sangat kemas, begitu juga suntingannya yang cukup teratur. Perwatakan dua nadi utama Pelangi ciptaan penulis; Iman Aisyah dan Usamah Razif sangat serasi sekali. Penulis cukup berjaya mengemosikan kedua-dua mereka di dalam melayari bahtera perkahwinan tersebut. Setiap pergerakan, dialog sangat menyentuh perasaan. Penulis berjaya membuai perasaan pembaca didalam menyusuri dilema dan onak yang terpaksa dihadapi pasangan muda ini. Watak antagonis Syarizad @ Syaz juga begitu baik dilakarkan penulis. Antagonis Syaz begitu menjadi sekali dan simpati pembaca meningkat dengan darjah teratas pada nasib yang menimpa Iman dan Usamah kesan perbuatan khianat Syaz. Gaya bahasa yang diterapkan penulis dalam naskhah beliau ini cukup santai bersesuaian dengan corak persembahan naratifnya.
Buat penulis comel ini tahniah untuk Pelangi anda yang sangat indah. Buat pembaca, pengemar penulis ini, lihatkan kematangan beliau berkarya didalam Pelangi.
* * * * * * *
Ceritera II: Ked’s Story Oleh Hlovate
“Cinta Pandang Pertama…tapi mana ada law dalam dunia ini kita suka orang tu, orang tu kena suka kita balik…”
Saya sangat mengagumi penulis muda ini. Karya beliau sangat-sangat berbeza. Lain dari lain. Setiap nukilannya pasti memberikan sebuah sentuhan yang bukan sahaja ajaib namun penuh nilai kehidupan yang cukup tersirat maknanya. Setiap sentuhannya pasti membuahkan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan karya terbarunya kali ini.
Tema cinta yang dilayarkan penulis di dalam naratifnya kali ini bukanlah cinta yang melentuk -liuk, yang jiwang-jiwang dengan sisipan elemen ungkapan kata-kata yang memualkan. Cinta dari garapan penulis ini sangat manis dilakarkan. Persoalan cinta pertama terjemahan penulis kali ini memperlihatkan dimensi perasaan cinta dari luahan rasa seorang insan bernama lelaki.
Plot naratif ini konsisten pergerakannya dari mula hingga ke akhir cerita. Persembahan yang sangat cemerlang ini juga disumbangkan oleh susunan teknik olahan dan suntingan yang cukup teliti yang membuat bacaan tidak terganggu. Gaya bahasa penulis ini saya rasa semua sedia maklum terutama yang sudah biasa mengikuti dan menghayati karya-karya beliau yang terdahulu. Inilah identiti beliau. Inilah keunikan beliau, dan saya sangat gemarkan gaya bahasa Hlovate. Cantik dan tersendiri.
Perwatakan di dalam Ked’s story memfokuskan pada dua watak utama ;Ked @ Khalid Faizal dan Hadiah @ Nawal. Watak Ked dibangunkan dengan cukup berhati-hati tapi sangat santai dipersembahkan pada pembaca. Ked mewakili remaja “skater” di luar sana yang sering kali diberikan penafsiran berbeza oleh masyarakat. Ked juga rakan-rakan skater yang lain mengangkat martabat remaja jalanan pada satu tingkat pengiktirafan yang sewajarnya. Saya sukakan watak Ked. Dia remaja yang berwawasan, abang yang sangat bertanggungjawab dan anak yang budiman. Nawal bagi saya sangat indah dilakarkan penulis. Nawal yang misteri, Nawal yang sukar dimengerti memberi cabaran pada Ked untuk menongkah arus cabaran didalam menyelami hati seorang wanita. Wanita yang membuat hati dan jantungnya berdegup serentak!. Watak pembantu Minn, Fudge juga memberi sumbangan yang mencemerlangkan lagi naskhah ini.
Satu yang istimewa tentang penulis ini, didalam setiap naskhah beliau, mesej yang diselitkan buat pembaca sentiasa membuatkan kita tersentuh. Kali ini penulis membawa dimensi kehidupan remaja skater dari sudut kehidupan masa kini. Manusia seringkali mudah membuat tafsiran hanya dengan melihat apa yang terhidang di depan mata tetapi jarang membuat kesimpulan dengan bantuan akal.
Saya menanti kesudahan Ked & Nawal dalam Versus anda. Buat Hlovate, anda memang ummphhh!...
* * * * * * *
Ceritera III: Rumah Di Ujung Padang oleh Noor Suraya
“Akukah kunang-kunang yang dilupakan orang tika mentari menyinsing?…
Kasih sayang itu tak terduga Durrah...bergerak tanpa sempadan. Apabila kamu beri pada seseorang yang lain maka ia tidak pernah akan terluak.”
Bermula dari luahan catatan di e-novel beliau dengan tajuk Tanya Pada Angin, naskhah ini dibangunkan dan dikembangkan ke versi cetak dengan tajuk baru; Rumah Kecil di Ujung Padang. Karya terbaharu Noor Suraya @ kaksu ini membawa pembaca ke daerah hati seorang gadis bernama Ungku Durrah dengan sentuhan ajaib yang cukup berseni, cukup melankolik dari penulis tersohor ini.
Naskhah pendek namun cukup indah dan padat kisahnya ini membawa saya pada kaksu yang penuh estetika, yang penuh dengan sentuhan kewanitaannya. Kisah dan falsafah cinta dari air tangan penulis hebat ini sentiasa membuai perasaan pembaca. Bukan melekakan..tapi sangat terkesan di jiwa!.Tema cinta dan kekeluargaan dalam naskhah penulis kali ini sangat dekat di hati pembaca, menyentuh di hati sanubari pembaca. Penulis cemerlang menarik pembaca menghayati sepenuhnya perjalanan naratifnya ini dengan penuh perasaan.
Ungku Durrah selaku tunjang naratif sangat cemerlang, sangat emosi, sangat sensitif, sangat halus di tangan penulis. Ungku Durrah diangkat sebagai lambang gadis yang kucar-kacir jiwa dan keliru rasa hatinya lalu menjadi pelarian perasaannya sendiri. Pergolakan jiwa remaja Ungku Durrah yang halus, lemah lembut, yang perasa, yang rendah diri, yang suka menyembunyi rasa hati ditangani dengan cukup baik sekali oleh penulis. Kita akan sama-sama menyusuri pergerakan watak Ungku Durrah dan akan sama-sama terkesan dengan apa yang dilaluinya…dengan apa yang dirasainya. Sedari awal saya sukakan watak Haiqal, kurang sedikit pada Mas Heru @ Dr. Herudin, Nabil dan langsung tidak pada Mubin…maaf pada siapa-siapa yang simpati pada Mubin ye, hehehe. Perwatakan Haiqal walau tidak terlalu mendominasi, ia sangat kuat didalam memberi pengaruh di dalam naskhah ini. Kematangan, rasa kasih sayang dan sikap ikhsan Haiqal sangat memikat, sesuatu yang sedikit kurang didalam permarkahan pada Dr. Heru. Watak sampingan lain seperti Dewi Arini, Nila, Tania juga turut mewarnai keindahan naskhah ini. Kemunculan dialog Muzammil @ Alang dari petikan dalam Surat Ungu Untuk Nuha pasti mengubat rindu pada kisahnya dan Nuha.
Mengenali penulis, tidak lengkap tanpa membicarakan alunan gaya bahasanya. Gaya bahasa yang penuh personifikasi, elemen bahasa yang indah tertib tersusun rima dan ritmanya adalah identiti penulis hebat ini. Bahasa dan kaksu memang sinonim. Maka tiada apa yang perlu diperkatakan tentang keindahan laras bahasa yang diaplikasikan di dalam naratif beliau kali ini. Saya sentiasa terbuai dengan keasyikan lenggok bahasa kaksu yang memukau. Teknik suntingan pada naskhah ini juga cukup cemerlang direalisasikan pada pembaca. Penuh berhati-hati demi memberi sentuhan yang lebih sempurna pada pembaca.
Bermesejkan kasih sayang, plot naratif penulis bergerak dengan cukup teralun, kemas digarap , cukup berhati-hati dan selitan unsur-unsur pantun cantik tidak langsung mengganggu perjalanan cerita. Itulah keistimewaaan pena sang penulis hebat ini. Cerita ini sarat dengan mesej kasih sayang yang sangat meruntun kalbu. Kasih sayang yang diterjemahkan dengan dimensi yang lebih luas, lebih harmoni.
Buat penulis tersohor yang sentiasa bertakhta di hati saya ini, tahniah dan terima kasih kerana sudi membina sebuah Rumah di Ujung Padang untuk pembaca dan penggemar anda . Sebuah rumah yang sangat mendamaikan jiwa, begitu menyejukkan minda. Sebuah rumah yang cukup cantik binaannya dan cukup halus buatannya.
Kucc,
ReplyDeleteTerima kasih untuk review yang manis, buat kaksu jadi 'takut-takut' untuk menulis cerita lagi... ahaks, apalagi kisah Jaja & Din... yalah, Jaja Doktor Syam tu memanglah brutal... kaksu sedang bertapa mencari silu dia dalam bilah-bilah kata :D, kononnya lah...
Terima kasih sekali lagi, Kucc :)
- Noor Suraya -
kaksu - sama2 kasih.
ReplyDelete"takut-takut"?, uik, gi mana sih mbakyu...saya enggak bikin apa-apaan kok, hehehe
kucc tunggu Jaja & Din kaksu tau...harap2 pertapaan kaksu tu berjaya menemukan bukan salah bilah-bilah kata, malahan juga satu set lengkap gurindam hati bisikan jiwa Jaja buat Din..hikhik
ok kucc nilah yg ditunggu komen2 buku2 yg terbaik untuk dibaca,kita sebagai pembaca nak juga buku2 yg bagus untuk disimpan rak2 buku liza..inshallah nak juga liza beli buku pelang sal ke 3 penulis tu ada juga buku2 mereka dirak buku liza terutama hilovte tu..liza suka bahasa santai yg digunakan dalam setiap buku2nya liza ada semua buku2 hilovte tu..liza terhibur bila baca buku2nya,noor suraya, liza ada seperti nanyian tanjung sepi,surat ungu,guridam dan syud tentang dhyia..semua buku2tu liza suka baca cuma kalau komen macam kucc buat tak lah liza dapat sekadar yg termampu ja dan dapat setiap orang allah anugerahkan kepandaian masing2 termasuk kucc liza suka macamana kucc komen buku2tu,orang lain tak liza tahu citarasa mereka tentang buku2 yg dikomen kucc,bagi liza kucc pengulas buku yg baik bagi liza..selamat berjaya..
ReplyDeletesyud & liza - sama2 kasih.
ReplyDeletesalam..kan sy dah cakap buku ni memang best..ketiga-tiganya skali..saya suka akak punya review..sama macam yang saya dan kawan2 cakap..kitaorang dah lama dapatkan buku ni waktu JS datang IIUM lg..saya cuma tertunggu-tunggu akak punya review jer...Congrats to Kak Su,Syud n Hlovate..saya pun macam akak jugak ternanti-nanti Syud punya novel-Teja Aulia n Hlovate-Versus.Hope lepas ni lg byk buku yg akak review..nur
ReplyDeleteheee..lom beli lagi buku pelangi ni..kinda interesting jugak but betul ker citer pasal ked akan disambung dalam versus?kalau cam tuh kna beli buku versus la nt :)
ReplyDeletereally love watak ked and nawal..so cute to be together..sama ng watak minn ng AO dalam versus..dah crazy ng hlovate since 2005 lagi..bahasa sempoi and she's my fav author..
keep up the good work n xsabar nk baca buku2 hlovate yg len lak..hehehe