Tuesday, October 20, 2009
KaliMah JiWa...
Tajuk : Kalimah Jiwa
Penulis : Haiza Najwa
Penerbit : Alaf21
Harga : RM19.90
Cetakan Pertama: 2009
Genre : Romantik
Bintang : 4
-----------------------------------------------------
“ Dia hanya berpaksikan cinta tulusnya pada Liany. Dia jatuh cinta pada Liany. Hanya Liany dan kalimah-kalimah Liany...”
Resensi Si Ungu:
Bagi saya, ciri yang menarik pada naskhah penulis ini adalah kelainan pada naratif yang ditampilkan beliau berbanding karya-karyanya sebelum ini. Sebagai penulis, kreativiti di dalam penghasilan sesebuah karya amat perlu bagi membangkitkan keterujaan pembaca terhadap karya tersebut dan penulis bagi saya berjaya didalam merealisasikan misi tersebut.
Isu persoalan moral yang diangkat didalam naskhah Kalimah Jiwa (KJ) sebagai intipati perdana didalam naskhah ini sememangnya sebuah usaha yang begitu murni penulis. Sebagai wanita, sebagai ibu yang punya anak gadis remaja sememangnya penulis sebaik mungkin cuba menyampaikan keprihatin tersebut dan pena ajaib ditangan ada saluran terbaik beliau kearah itu. Saya melihat kesungguhan beliau itu cuma ada beberapa situasi di dalam pengkisahan KJ ini yang saya fikir penulis juga editor terlepas pandang didalam merealisasikan matlamat murni ini dan ia secara tidak langsung sedikit menjejaskan kecemerlangan naskhah ini. Saya akan membutirkan perihal ini di segmen perwatakan untuk sama-sama direnungi.
Tema yang berpaksikan cinta dan tawakal menjadi medan buat penulis menzahirkan rasa kasih sayang antara dua jiwa yang berkongsi ritma hati yang senada; Ifliany dan Naqlis. Dugaan yang datang dan pergi tidak sesekali menggugat irama hati mereka berdua yang tidak pernah berubah rentak.
Plot KJ berformatkan campuran teknik kronologi dan flashback yang seimbang. Bagi saya pemilihan penulis untuk konsep ini sesuai dengan kaedah persembahan keseluruhan cerita bagi menjalin hubungkait antara satu situasi dengan situasi yang lain. Penggunaan diksi dan susunan kosakata yang cantik dan indah mewarnai gaya bahasa di dalam naskhah ini. Penulis hebat dalam mengadun ritma bahasa yang cukup halus dan penuh pengertian…ada situasi ia begitu menyentuh perasaan. Saya ingin mengutarakan pandangan berhubung penggunaan perkataan “Cikling” yang diperjelaskan penulis maksudnya didalam naskhah ini. Perkataan ini bagi saya sangat menyentuh sensitiviti kaum. Sewajarnya ia tidak diaplikasikan didalam naskhah ini walau dengan apa alasan sekalipun. Kita tidak boleh merumuskan naskhah ini hanya ditatap oleh satu golongan kaum atau bangsa sahaja. Penggunaan perkataan “Cindian” itu sudah cukup untuk menjelaskan makna yang ingin disampaikan penulis.
Kita sentiasa maklum perwatakan dan pembentukkan sesuatu watak adalah fokus utama kejayaan sesebuah karya. Ifliany Basiron dan Naqlis Tan Sri Khir Izuddin adalah 2 nama yang dibina dan diangkat sebagai tonggak utama didalam KJ. Penulis sedari awal sedaya mungkin membina imej yang sanagt putih buat kedua-dua hero dan heroin ini dan sebagai pembaca kita cuba menerima input penulis ini dengan tangan terbuka. Ifliany gadis yang digambarkan sangat cantik rupa parasnya, punyai wajah iras orang putih (rambut perang semulajadinya itu bukti terbaik) walau dia sebenarnya berdarah melayu tulen. Seorang gadis yang pintar (pelajar UPM) cuma sayang tidak menamatkan pengajian bila berkahwin dengan si bapa ayam; Fahren. Juga dipotretkan seorang gadis yang alim/warak (solat dan al-quran itu satu kewajiban baginya). Segala ciri ini sudah dipotretkan dengan baik oleh penulis demi seorang Ifliany membuktikan bahawasanya dia gadis solehah…namun kenapa tidak bertudung pula?. Agak pincang disini kehebatan watak Ifliany bila kita membicarakan persoalan sifat dirinya yang digambarkan sedari awal, sedari sekolah sangat solehah orangnya. Jika diperhalusi surah Ali Imran, ayat 31:
“ Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.”
Ayat ini dikatakan adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah. Maka sewajibnya lah dia menurut segala suruhan yang diwajibkan-Nya. Sewajarnya Ifliany yang bijak, yang tahu hukum hakam maklum apa maksudnya dengan ketaatannya pada perintah tuhan. Jika ingin mempersoalkan isu keikhlasan didalam hal ini kita wajib tahu tiada kompromi didalam hal ini. Justifikasi bukan ditangan kita atau dimata orangramai. Hanya Dia yang maha mengetahui. Yang perlu dan wajib kita tahu ia adalah satu kewajipan yang mesti dituruti oleh tiap wanita islam yang mengakui akan ketaatannya pada Allah. Saya juga sedikit tidak setuju perihal Ifliany membantu Afian dari sudut pengetahuan agamanya. Dengan keadaan Ifliany ketika itu yang sedang berpisah sementara dengan suaminya sewajarnya dia menjaga tingkah dan tatasusila sebagai isteri orang. Niat tidak akan sama sekali menghalalkan cara. Banyak alternatif lain yang boleh dipilih, diunjur Ifliany untuk membantu Afian. Kenapa harus sampai ke rumah, biarpun cuma di anjung sahaja, tidak manis bukan si bujang dan isteri orang berkeadaan sedemikian?.
Watak Naqlis selaku peguam muda berkaliber, terkenal didalam anggota masyarakat, anak yang baik, pemuda yang hebat dimata tiap wanita. Hampir sempurna dimata pembaca tapi dicacatkan oleh tindakannya membawa Ifliany tinggal serumah sebelum mereka bernikah. Baik Naqlis mahupun Ifliany sewajar tahu tindakan tersebut sangat tidak manis biarpun tiada apa yang berlaku antara mereka. Jika dikatakan sebagai hujah untuk melindungi ifliany sepanjang tempoh perbicaraan kenapa tidak menggaji pembantu rumah untuk tinggal bersama di rumah itu atau pilihan paling baik meletakkan Ifliany dibawah jagaan bondanya; Tengku Marini. Masyarakat melayu ini penuh adat dan hukum. Sebagai orang islam apatah lagi. Matlamat dan cara mesti halal belaka. Saya tidak berniat sama sekali menuding jari pada sesiapa, sekadar secebis komentar buat penulis, buat editor agar hal ini diambil perhatian di masa hadapan. Sayang sekali naskhah yang kreatif sebegini dicacatkan dengan hal yang tak sepatutnya.
Penulis bagi saya lebih cemerlang mempotretkan watak hitam didalam naskhah ini. Baik Fahren, Irfan juga Basiron adalah binatang-binatang berwajah manusia yang dijelmakan dalam dunia. Segala sifat dan peribadi buruk mereka sehabisnya keji dicoretkan penulis sehingga ke akhir hayat mereka. Tiada sekelumit ikhsan pembaca buat mereka malah saya mendoakan agar golongan sebegini dihapuskan dri muka bumi ini dengan keadaan yang paling setimpal dengan perbuatan mereka. Watak Eljie, Amanda dan Marissa adalah contoh terbaik golongan yang tersasar dari landasan hidup namun sempat disedarkan dan kembali ke pangkal jalan.
Naskhah ini menyingkap kisah kehidupan seorang gadis cantik bernama Ifliany Basiron siswi UPM yang terperangkap dalam sebuah perkahwinan bila mengetahui lelaki yang dikawininya; Fahren adalah seorang bapa ayam versi moden. Drastiknya dia turut terseret untuk menjadi bahan dagangan suami durjana. Dia dilacurkan di banglo mewah milik suami yang turut dihuni perempuan-perempuan senasib dengannya. Dalam kegetiran suasana yang tidak sama sekali mengizinkan dia melarikan diri dari tembok penjara mewah itu kerana ia dikawal rapi oleh samseng-semseng ganas upahan suaminya, dia yang pintar menjana idea sendiri untuk mempertahankan maruah diri. Dengan bantuan Eljie si budak suruhan yang juga orang kepercayaan suaminya doanya dimakbulkan. Nazarnya untuk memperhambakan diri pada sesiapa yang berjaya mengeluarkan dirinya dari penjara ciptaan suaminya itu termakbul pada malam ke 1001 bila Naqlis yang juga sepupu suaminya muncul menjadi pelanggannya. Naqlis yang punya misi tersendiri kala menjejak kaki ke banglo itu tidak langsung menyangka segetir itu nasib Ifliany di tangan Fahren. Atas bantuan Naqlis, Ifliany berjaya dilarikan dan dengan saranan Naqlis juga dia tampil mendakwa suami yang menyembunyikan selama 2 tahun 8 bulan dibanglo itu untuk dilacurkan!. Segala seperti mencerminkan kemenangkan akan berpihak padanya biarpun Ifliany yakin tidak mungkin ia berlaku. Dan akhirnya testimoni dari ginekologi berjaya membongkar diri Ifliany yang sebenarnya dan ia juga telah merubah status dirinya dimata Naqlis.
Hidup ini adalah kembara merentasi benua yang begitu mencabar. Ketakutan dan cabaran sering menghambat kita di mana-mana. Namun Dia menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan diperhalusi hingga ke dasar umbinya akan menjadikan kita sabar dan yakin dalam meneruskan perjalanan hidup ini. Inilah mesej yang saya fikir ingin dikongsikan penulis pada khalayak pembacanya.
Buat Haiza Najwa, tahniah atas inisiatif anda didalam mengenengahkan permasalahan yang seringkali menghantui tiap anggota masyarakat khasnya buat ibu bapa. Semoga anda akan terus kreatif berkarya di masa hadapan dan gigih memotretkan kisah-kisah masyarakat untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1stly, makaseh kerna sdi review. Namun ada ssuatu yg tercicir d cney. Naqlis bkn satu watak yg sempurna putih. Dia insan biasa cma dia mseh dlm kelompok yg mltakkn margin dlm strata pergaulannya. Dlm erti kata dia mengenal norma perilaku. Bahkan dia sering mencicirkan solat kerna mengejar kesibukan kerjayanya spt mne yg d kutuk Fahren swak2 mrka brtlingkah mulut. Bahkan dia jge kaki sosial dan sering mmbawa temanitanya k rumah given U d example Marissa. The only thing, dia menganjak dirinya setlh brtemu Ifliany kerna kagumkan pembawaan Ifliany yg amat Islamik. Malah stlh mlihat miracle yg terbukti akibat pasrahnya ssuatu jiwa itu dalam mengabdi pada Penciptanya.
ReplyDeleteTntg tudung, U had to sacrifice 'not a tad' just to make something stirs a little, btol tak. Klu I sandarkan isu 'tak semua brtudung tu baik' pada watak picisan dlm nvl tu, ianya takkan ada momentum. So kena korbankn sedikit value to dan hrpkn pembce mengerti idea yg bergagah cba bangkitkan. Sebabnya..bergerapah kes 'bukak katup' tudung skrg. Yg dh jjak bumi Mekah pun trlibat-aduzzz! D idea is, klu daa pki mende 2, pki tros. Nmpknya I dh destroy persepsi pmbca..Tntu ada yg mnuduh I penlis yg syok sendiri..x melihat perspektif kiri dan kanan..Tak apa-tak apa. [Sigh] Tapi..maseh ada remedi empat bintang..he heh. TQ 1001 X..
kak haiza - terima kasih sudi singgah di sini.Terima ksih juga utk coretan ini.
ReplyDeletePerspektif penulis dalam melahirkan karya berbeza beza rentaknya, penerimaan pembaca juga demikian.Dimensi pembaca dalam melihat sesebuah karya yg dihamparkan penulis adakala tidak selari dengan apa yg penulis harapkan, kita manusia lemah..bukan begitu?.
Penulis ada tanggungjawab sosial pada khalayak pembaca, maka sehabis wajar karya itu (bagi saya) perlu menepati piawaian ini..tidak boleh tidak. Maka letakkanlah kewajaran karya itu pada tempat yang sepatutnya dan menerusi elemen contoh yang seadilnya...agar ia bakal jadi ikutan dan contoh buat pembaca sekalian.
Well..wat can I say. I'm a dead meat. Aku hanya semut kecil. Hrp sudi review my next novel. Suke kritikan U yg pedas but straight4ward. Salamz
ReplyDelete