Wednesday, October 28, 2009
PerCayaLaH...AkHirnYa
Tajuk Buku : Percayalah…Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM22.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 5
----------------------------------------------------------
“orang yang mencintai diri kita adakalanya tidak berupaya memberikan alasan kenapa dia mencintai kita. Apa yang barangkali dia tahu ialah, di hati dan di matanya hanya mengalir satu rasa cinta terhadap kita…itupun jika kita menyedarinya.”
Resensi Si Ungu:
Penghasilan sebuah sequel sebenarnya bukan mudah. Tanggungjawab yang tergalas di bahu sang penulis juga tidak enteng malahan sangat terbeban dengan segala bentuk kehendak bagi memastikan ia mencapai piawaian pembaca. Silap percaturan, kegagalan pasti menanti di hujung sana. Saya fikir penulis ini juga tidak terkecuali dari melalui frasa tersebut. Rasa takut, rasa khuatir itu pasti bermukim di lubuk hati. Namun setelah menamatkan perjalanan menyusuri naratif sequel Percayalah ini, apa yang saya boleh katakan cuma satu…hanya satu rangkaian kata sahaja…anda memang hebat Ruby!. Anda buat saya terduduk, termangu dan hilang kata-kata…segalanya kerana naratif ini!
Bermula di laman bunga hati, e-novel sequel ini mula menjengah pembaca. Agak lama juga ia terhenti lalu pembaca bagai ternanti-nanti apakah sudahnya kisah dua insan berlainan latar dan budaya dari dua benua ini. Dari Percayalah, penulis ini melakar kisah Nur Atiqah dan Danial Wolfgang yang sungguh indah bunga-bunga perjalanan hidup mereka lalu bila sequelnya ini selamat diversicetakkan perasaan jadi terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Percayalah…akhirnya sudah kejap berada di tangan.
Saat pertama menyelak helaian, naratif ini sudah menakluk keseluruhan minda. Semakin dibaca, makin meruntun jiwa. Semakin diselami semakin merengut rasa, menggoncang sanubari…hebatnya penangan buah tangan puan penulis nan lemah lembut kali ini ya!. Segala-galanya. Kisahnya, ritma plotnya, suntingannya, latarnya, watak-wataknya, ayun dan lenggok bahasanya usahlah dipersoal..cantik sekali!
Tiga tahun selepas memperkenalkan Percayalah, Ruby kembali dengan sequelnya; Percayalah…Akhirnya yang menjengah pasaran pada 3 Oktober lalu. Sebuah naskhah yang saya kira cukup sarat dengan mesej kehidupan yang diaplikasikan menurut hukum alam dan peraturan hidup. Bagi yang sudah mengenali Nur Atiqah & Danial Wolfgang lewat Percayalah, maka naskhah sequel ini adalah kelangsungan susulan kehidupan mereka yang seterusnya…kehidupan yang cukup berliku, penuh onak getir yang dikepung cabaran dan dugaan yang tidak terucap. Tidak tercapai akal.
Tema cinta sejati yang menjadi tunjang cerita digarap penulis dengan sangat halus dan begitu berhati-hati sekali cukup membuai perasaan pembaca…penulis berjaya mencuri emosi pembaca didalam menyusuri rentetan pengkisahan dua insan ini didalam mereka melayari bahtera perkahwinan yang masih muda..masih hijau.
Takdir kehidupan yang sudah tersurat di lohmahfuz adalah penamat dan jawapan untuk segala-galanya…cantiknya penulis menoktahkan cerita. Itulah mesej yang saya saya fikir tersimpul disebalik naratif hebat ini. Kita mampu merancang, merangka perjalanan hidup ini namun samaada kita sampai ke destinasi yang dituju , Dia lah penentunya.
Plot kronologi dengan sedikit sisipan elemen flashback mendominasi dan mewarnai keseluruhan perjalanan sequel ini. Persembahan plot di mata saya sangat halus dan kemas , begitu juga suntingannya yang cukup teratur dan begitu tertib sekali ia diolah agar rentak cerita nampak hidup sekali biar cuma dihelaian kertas putih yang kaku!.
Perwatakan Nur Atiqah Sulaiman dan Danial Wolfgang adalah dua nadi utama dan merupakan fokus utama sequel ini. Peranan kedua-duanya diseimbangkan dengan cukup berkesan oleh penulis. Penulis bagi saya begitu hebat menyalurkan “roh” pada kedua-dua watak ini hingga segala-gala apa yang mereka lakukan, apa yang terbit dari kedua-dua watak ini begitu menyentuh perasaan pembaca apatah lagi bila kala pembaca melalui frasa-frasa tatkala mereka diduga, ditimpa musibah hati turut jadi walang..pilu sekali!. Mainan emosi antara kedua-dua watak ini digarap dengan cukup cemerlang hingga tempiasnya turut mengheret pembaca seakan-akan kita turut “berada di lokasi”. Beberapakali saya harus berhenti membaca, memejamkan mata seketika dan menghela nafas. Seakan dapat menyelami apa yang dirasai dan dilalui kedua-duanya. Saya harus tabik pada penulis ini kerana sangat berjaya menjiwai dan menyelami watak Danial..biarpun dia cuma seorang penulis wanita jiwa seorang lelaki..naluri seorang insan bernama suami dapat diperhalusi dan dipertontonkan kepada pembaca dengan cemerlang sekali!. Seorang lagi watak yang begitu menyentuh naluri pastilah Khairil. Sukar sekali menggambarkan emosi tatkala membicarakan watak ini..seorang Khairil yang sungguh istimewa, mulia dan tiada cacat celanya…penulis halus mempotretkan seorang Khairil yang bukan sedikit kasih dan simpati melimpah padanya..cuma apalah daya, takdir sudah tersurat demikian rupa. Chik, Dewi juga Kamal dan tidak tertinggal kaum kerabat yang lain adalah warna-warna yang melengkapkan naratif ini untuk diangkat sebagai sebuah persembahan yang cukup kemas dan mantap dari penulis.
Rasanya tidak lengkap kalau tidak membicarakan rentak dan susunan gaya bahasa dalam sequel ini. Penulis bagi saya semakin hebat mengalunkan gaya bahasa mengikut acuannya yang saya rasa sangat indah, terserlah personifikasinya juga hebat metaforanya, Elemen sisipan pantun di setiap penghujung bab bagaikan sebuah irama yang begitu mengasyikkan sekali.
Percayalah…Akhirnya membawa pembaca kembali mendekati kehidupan Nur Atiqah dan Danial Wolfgang di bumi Jerman. Tatkala gembira dengan berita kehadiran orang baru yang bakal mewarnai rumahtangga mereka, ditambah keputusan untuk kembali menetap di Malaysia tanpa diduga mereka diuji dengan ujian yang amat getir. Nur Atiqah ditimpa musibah. Keterlibatannya dalam sebuah kemalangan cukup hebat kesannya dalam kehidupan mereka berdua. Danial ternyata sangat mengerti biarpun tingkah dan caranya sukar dibaca Nur Atiqah. Sabar dan redha dalam apa juga keadaan adalah penawar. Begitu juga pasangan muda ini. Sekali lagi mereka diduga. Disaat menghampiri saat kembali ke bumi kelahiran Nur Atiqah, perihal pernikahan dan dokumentasinya kembali dibangkit lalu sekali lagi mereka diduga. Dan kerana proses-proses yang rumit ini mengambil masa terpaksalah Nur Atiqah pulang dahulu…beratnya hati melepaskan Nur Atiqah pulang sendirian bagaikan sebuah tanda!
Buat penulis cantik ini, tahniah untuk sebuah sequel yang sangat meruntun hati dan terima kasih kerana sudi menoktahkan sebuah kisah yang cukup istimewa ini. Biar kemanapun sirih melangkah pergi, akhirnya pasti kembali ke gagangnya. Disitulah tempat selayak buatnya. Begitu juga lah seorang Nur Atiqah, percayalah…akhirnya disisi Danial jugalah tempatnya dia bersemayam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kucc,
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 untuk sebuah review yang indah sangat ni & yang buat ruby hampir terduduk & termangu sendiri menatap susun atur bahasa kucc.
Ruby pun jadi takut awalnya nak mulakan sesuatu yang baru di Percayalah... Akhirnya kerana sedar ruby hanya mula 'dikenali' pun melalui Mat & Emy (KSSB). Lalu perkara nak menjentik emosi pembaca dgn airmata kali ini, jadi khuatir je... bimbang tak menjadi. Tapi alhamdulilah, bila kucc sebagai orang yang ruby andai sudah 'masters' dgn segala macam novel melayu kata begitu, ruby jadi legaaa amat. TQ
Terima kasih banyak2 juga untuk bintang2 itu. Rasa banyak pulak kucc. *dalam hati sendiri selalu anggap junior di arena ini*
Salam kucc..apa kabar?tak sabar rasanya liza nak dapatkan buku ni tapi belum ada dipasaran kat brunei..liza kena bersabar lah..ni..
ReplyDeleteKerana nama heroinnya sama dgn heroin nvl pertama I yg ditrbitkn pd 2006, maka I hrus sgera mghayati nvl ini. Sekadar hero pd Nur Atiqah tu wlpn mat saleh jge, but d name was Lawrence. Satu kewujudan yg partially true dr bumi Mersing. Tahniah..KUCC mmg hebat mengulas! Sehebat Rinn yg yg ulasannya ermm - menyeriaukan..
ReplyDeleteKucc,
ReplyDeleteRuby aminkan doa kucc tu... dan moga2 semangat nak mengetip keyboard ni balik semula.
Liza,
kena banyak2 bersabar tu, monday last week ada ruby poskan buku ni ke Sabah utk kawan. Jumaat lepas dah sampai... ke Brunei belum pernah cuba.
Haiza,
Nampak gayanya ruby pun kena cari juga buku Haiza yang guna nama 'Atiqah' ni. Tajuk apa ye? Tahun 2006 juga tu... hehehe. Kalau Kumohon Kasih, ruby ada.
liza - alhamdulillah, lama xdgr cite liza ek..gi mana kamu sih?.
ReplyDeleteTentang buku tu elok liza ajukan pada Jemari Seni atau boleh jugak rasanya liza buat pesanan terus pada Ruby..boleh dpt TT Ruby sekali, kan Ruby?..hehehe
kak Haiza - terima kasih sudi singgah n tinggalkan komen di sini. Ha'ah apa nama novel tu ye, nak gak bc cite "atiqah" yg versi kak haiza.
Novel debut, so d storyline surely potraying mende2 personal dan sekitar trdkat- bak kta sorg pgkritik: nvl pr 1 lebih pribadi coz novelis mulanya akan meluahkn psaan mlalui nvl sulong. Was Rythm's atifact. Pretty unsure if d book still accesible in market. 'Tak seindah impian' story bout a sweet lady who were forced to become a GRO but final point, managed to revert back on track and tranformed herself sebagai Atiqah yg asal tp ssudah berjaya, dia seolah mmbnuh diri krne gagal alleviate minda dia.. Cute laa KUCC main batu sembang..ha ha ha [bley join?] 4 Ruby moga nvl U ngetop -Amin!
ReplyDeletekak haiza - owh Rythm ek, payah sikit nk buku2 dulu terbitan diorg ni..tapi kalau dah rezeki nnt, jumpa gak kan kak, sapa taw...
ReplyDeletenak joint main batu seremban..jom jom kak..hehehe
Hai sifu..he..he..liza nak belajar dari kucc ni pasal komen/mengomen ni..bolah tak?he..he..liza kalau ruby dah terduduk tu dah dasyat lah..mesti power kucc kuat ni..he..he..minum apa kucc?kacip fatimah ke or tongkat ali?he..he..liza suka kucc bab komen ni..liza tak kemana2 sih..BZ ja mengurus rumah tangga n berFB..bertemu DIFB..he..he..
ReplyDeletekalau bace yang ni tanpa bace PERCAYALAH dulu agak2 rse cm plik n payah nk faham x???
ReplyDelete:-) teringin nk dpatkan yg ni, rmai kata best compared to yang da first...
cintanovella - yg terbaik baca dulu Percayalah...sbb buku ni adalah kesinambungan dari Percayalah...nnt xfaham ekor kepala ceritanya..
ReplyDeleteada ka aku menyeriaukan? heh heh.
ReplyDelete