Tajuk Buku : Rahsia Hati Sofia
Penulis : Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM21.00
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 4 1/2
Penulis : Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM21.00
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 4 1/2
---------------------------------------------------------------
“ apa pun jua perasaan yang pernah hadir buat adiknya telah aku kuburkan saat aku dinikahkan dengan Ikhmal, malah itu rahsia hatiku…”
Resensi Si Ungu
Kata Innayan Khan "Cinta tidak menjanjikan sesebuah rumah tangga itu aman damai tetapi penerimaaan pada segala kelebihan dan kekurangan pasangan adalah asas utama kebahagiaan sebuah rumah tangga". Kata-kata ini adalah kesimpulan mesej yang dapat saya rumuskan usai menghabiskan bacaan untuk buah tangan kedua karya penulis muda ini.
Naskhah ini diangkat dari e-novel garapan beliau dan akhirnya diversicetakkan lalu terhasillah Rahsia Hati Sofia untuk tatapan para pembaca. Sebuah karya yang saya fikir cukup matang dari penulis yang pernah mengusik jiwa pembaca dengan Lili Buat Najah sebelum ini dan pada karya ini beliau telah mempamerkan kematangan yang sangat mengagumkan menerusi karya kedua ini.
Tema kasih sayang dan pengorbanan yang diangkat penulis didalam naskhah ini digarap dengan begitu kemas membuatkan pembaca bagai terbuai dengan geraklaku para pendukungnya yang mempamerkan aksi yang dipenuhi mesej tersirat.
Kaedah persembahan perwatakan yang sangat menarik, olahan plot yang sangat tersusun dan elemen rantaian dalam penceritaan yang sangat kemas dan yang paling saya terkesan adalah bagaimana penulis hebat dalam menyediakan sebuah pengakhiran yang sangat jelas dengan naratif yang lengkap cukup menjadikan Rahsia Hati Sofia sebuah naskhah yang sangat instimewa di mata saya.
Rahsia Hati Sofia (RHS) menemukan pembaca dengan 3 watak utama yang mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini; Jihannur Sofia, IKhmal Hisham dan Nizam Karim adalah 3 tonggak yang mengangkat naratif ini menjadi sangat hidup di mata pembaca. Permainan watak yang ditonjolkan dan dibangunkan penulis lewat watak-watak utama ini sangat seimbang dan penuh rasa emosi seorang manusia. Watak-watak utama ini berjaya digarap dengan begitu berkesan sekali hingga berjaya mencuri perhatian pembaca dengan karektor masing-masing yang unik dan tersendiri. Saya sangat sukakan watak Jihannur Sofia dan Ikhmal Hisham yang saya fikir dibangunkan penulis dengan aspek logika yang sangat kena dengan naratif ini. RHS juga tidak ketinggalan menampilkan beberapa watak sokongan yang juga berperanan menyuntik kerancakan naratif ini secara keseluruhannya agar ia nampak lebih realistik dengan kehidupan manusia. Saya sukakan watak ibu mertua Jihannur Sofia; Hajah Jamilah yang begitu mendamaikan sekali...alahai bestnya kalau dapat mak mertua camtu kan..hehehe
Struktur plot RHS digarap dengan elemen emosi nan cantik serta dramatik dari awal hinggalah ke penghujung cerita. Itulah momentum yang digunapakai penulis didalam mencantikkan lagi persembahan kisah garapan beliau kali ini. Gaya bahasa pilihan penulis begitu menampakkan kematangan beliau berkarya. Satu peningkatan yang sangat memberangsangkan buat penulis muda ini. Percaturan beliau didalam mempelbagaikan sisi gaya bahasa dengan penambahan sedikit elemen pantun dan puisi begitu kena sekali dengan jalan cerita.
Kisah ini banyak mengadunkan adegan-adegan kehidupan manusia yang dicipta secara konvensional. Ia bersesuaian dengan latar cerita yang mengadaptasi kehidupan masyarakat dan saya turut terkesan dengan penaan penulis yang cukup menghalusi permasalahan yang diangkat didalam naratif ini. Fokus penulis pada perkahwinan sebegini yang sedikit sebanyak menuntut pengertian yang tinggi daripada kedua-dua pihak demi keutuhan rumahtangga itu sendiri memberi gambaran dan pengajaran yang cukup tersirat untuk sama-sama direnungi.

Kronologi ringkas RHS adalah berkisar tentang kisah hidup gadis lincah, ceria bernama Jihannur Sofia. Dia kekasih yang setia pada seorang lelaki bernama Ikhmal Hisham yang dikenali sejak dibangku sekolah biarpun Ikhmal kerap melukakan hatinya. Dalam diam tanpa disedari dirinya diminati rakan baru di pejabat; Nizam Karim yang punya personaliti yang sangat menyenangkan dan menyejukkan mata dan ternyata dia juga amat disenangi Jihannur Sofia. Malangnya keakraban mereka mengundang padah pada Jihannur Sofia. Perjalanan getir hidup Jihannur Sofia bermula saat dia dipaksa kawin dengan insan yang meragut maruah kegadisannya tanpa rela. Perkahwinan yang disulami kisah yang tidak memihak dirinya akibat perbuatan khianat Ikhmal akhirnya mencampakkan hidupnya dari kasih sayang keluarga yang malu dengan kejadian yang menimpa dirinya. Ikhmal Hisham dimusuhi dan makin dibenci walau status lelaki itu kini adalah suami yang wajar dihormati. Semuanya gara-gara perbuatan kejam Ikmal yang tidak mampu dimaafkan. Namun satu insiden yang membawa kepada pengakuan terbuka Ikhmal pada kedua pihak keluarga mencetuskan rasa kemaafan pada lelaki itu dan Sofia seupaya mungkin menerima Ikhmal sebagai suami seadanya.
Cemburu itu memang perlu kerana ia tanda sayang namun jika tidak ditangani dengan baik memang menjadi duri di dalam tiap rumah tangga. Itulah yang terjadi pada pasangan muda ini. Keterlaluan Ikhmal cukup mencabar kesabaran Sofia. Cabaran hidup Sofia hebat tatkala Ikhmal dilanda musibah. Paling getir tika diri perlu mencari rezeki buat keluarga disamping anak yang masih kecil, suami yang baru diitimpa musibah disamping diri yang berbadan dua, dia dengan penuh rasa kasih dan dasar tanggungjawab melangkah untuk bekerja demi rumah tangga mereka namun sifat cemburu Ikhmal yang keterlaluan menyedihkan Sofia. Cuba sedaya mungkin menyelamatkan perkahwinan yang dilanda taufan cemburu buta yang begitu merimaskan,Sofia tersungkur juga akhirnya.
Bagi anda yang pernah terbuai jiwa dengan alunan Lili Buat Najah, lengok irama bawaan Rahsia Hati Sofia akan lebih menyentuh jiwa anda. Maka, jangan lepaskan peluang memiliki naskhah kedua penulis ini yang sangat sarat dengan emosi nan melankolik.
Buat penulis, sekalung tahniah dari saya…seperti juga naskhah terdahulu anda yang telah saya baca, anda telah meletakkan wanita di suatu kedudukan yang cukup istimewa sekali. Semoga terus cemerlang berkarya di masa hadapan.

sejujurnya saya tersentuh dengan review kucc. kagum dengan susunan bahasa kucc yang indah laksana pengarang.
ReplyDeleteterima kasih kerana 'mengerti' akan rahsia hati seorang perempuan, gelodak jiwa seorang lelaki...
saya pinjam review ini untuk dikongsi dengan teman-teman di FB ya ;)
Love,
Naz
salam kucc seronok membaca komen buku RHS,liza dah baca buku tu,setiap pembaca ada selera dan citarasa masing2,liza suka buku nazurah yg pertama Lily untuk Najah..buku ni buat liza sedih dan buat liza menangis tau..tu bila buka ke 2 keluar dipasaran liza tak ragu2 membeli dan buku RHS pun ada dalam rak buku2ku..semoga nazurah berjaya dalam bidang penulisan...moga buku ke 3 nanti lebih kuat hymmm..nya..bertambah matang..he..he..
ReplyDeleteSAlam Naz dan pembaca RHS
ReplyDeletemami pulak suka kat watak Nizam,sabar, dan sedia menerima sofia walau apa pun keadaan sofia. Yang si hero tu asyik angin,dan cemburu je, tak ada rasa sian kat bini tgh pregnant kena pi kerja, balik kerja jaga dia lagi, jaga anak lagi. Mami lak yg hangin
mami
Salam lagi sekali Naz
ReplyDeletetapi pada mami LBN is your masterpiece! RHSpun bagus cuma i prefer LBN
mami
i bace lili buat najah rase separuh nyawa i pergi sgt sedih =)
ReplyDelete