Blogger Templates

Wednesday, March 25, 2009

Geng...Pengembaraan Bermula






Upin & Ipin memang rancangan paberet aku...biarpun ia cuma sebuah rancangan animasi kanak-kanak yang berdurasi 5 minit untuk tiap episod pada mula-mula ia tersiarkan dulu di TV9, kesannya cukup besar...ia banyak mendidik penonton menerusi mesej-mesej positif yang disampaikan pada setiap episod terutama pada kanak-kanak...Anak saudara aku yang kecil ini; baby cukup hafal tiap dialog terutama pada episod-episod kegemarannya...
Bila Upin & Ipin masuk panggung...aku teruja sangat untuk menonton. Punyalah terujanya aku, baby dan iwan (anak abang aku) sampai siap awal-awal lagi dah membeli T-shirt Geng untuk dipakai masa menonton nanti...hehehehe
Apa-apapun...filem ini bagus. Memang bagus...bukan macam filem animasi-animasi tempatan yang sebelumnya dan pengaruh Upin & Ipin cukup kuat untuk menarik jutaan penonton untuk ramai-ramai memberi sokongan pada filem ini. Walau ada sedikit sebanyak kekurangan, ia masih sebuah filem yang sangat membanggakan bagi aku...

3 comments:

  1. kucc,
    yus tak pernah pun tgk rancangan upin & ipin..
    entah ler belum tgk dah tak minat...

    tapi yang kuar kat wayang ni, mungkin yus akan dapatkan cd nyer nanti..

    ReplyDelete
  2. hohoho...bagi aku ni animasi melayu yg paling baik yus...cuba2 la tgk dulu then baru leh buat penilaian...

    ReplyDelete
  3. ntah ler...
    bila nak tgk..
    aku tahu ini adalah animasi terbaik di malaysia..

    mungkin nanti aku akan tgk kot...
    banyak2 animasi siri aku suka pocoyo, shin chan dan atashinci jer...

    ReplyDelete