Aku sangat hormat pada insan-insan yang bergelar guru/cikgu. Bagi aku mereka ini punya kedudukan sosial yang cukup mulia di kalangan masyarakat...mereka wajar dihormati dan disanjungi...yelah kan, tanpa mereka kita takkan berada di kedudukan kita sekarang....takkan ada yang bergelar doktor, peguam, arkitek, jurutera, akauntan dsb.... Dulu-dulu masa aku cuti semester pernah aku jadi guru tadika di sebuah tadika yang agak terkenal di Kuala Lumpur...tak kisah lah, tadika pun tadika laa yang penting aku ingin merasa sebenarnya menjadi cikgu/guru itu bagaimana suasananya...memang seronok biarpun pengalaman menjadi cikgu/guru di situ begitu singkat...semua rakan sekerja baik-baik belaka baik disekolah mahupun diluar, biarpun cuma guru tadika mereka sangat menjaga tatatertib perguruan mereka...
Itu semua perilaku guru-guru/ cikgu-cikgu di zaman aku.... 30 tahun....20 tahun dulu...zaman sekarang??
Aku ingin bercerita tentang kisah yang aku alami....dan coretan, pandangan aku nanti adalah berdasarkan penilaian aku sendiri secara individu. Guru sewajarnya punya etika kerja yang perlu dijaga dan dipelihara..lebih-lebih lagi jika berada di dalam kawasan sekolah bukan?...tapi bagaimana punya penilaian kamu semua apabila selesai mendengar cerita aku ini....
Ahad lepas aku menghadiri Hari Sukan anak saudara aku di sebuah sekolah di dalam daerah Gombak...disebabkan pihak jawatan kuasa pengelola hari sukan tidak menyediakan khemah untuk para ibubapa/hadirin ( aku pun hairan...nak kata tempat takde, masih ada ruang di kawasan padang yang boleh dimanafaatkan untuk tujuan tersebut...ntahlah tak paham aku!) maka aku pun dengan muka sardin "merompak" kerusi di tepi kantin untuk aku jadikan port untuk melepak sambil menonton acara sukan di padang. Sedang aku asyik melihat gelagat pelajar-pelajar ditengah padang aku terdengar perbualan 2 orang guru yang aku rasakan guru senior... mungkin mengajar pelajar-pelajar tahap 2 ( darjah 4 - 6). Mereka berdiri betul-betul bersebelahan kerusi aku....dengarkan perbualan mereka yang aku takkan lupa!
"kau tengok tu, issy....kita cakap sekali bukan nak dengar..kena cakap banyak kali...harap badan jer besar!...budak-budak sekolah XXXX cakap sekali je....bukan macam budak-budak sekolah ni, bongok..."
Aku diam sahaja. Aku masih memandang ke arah padang dan melihat kelibat murid-murid yang "diumpat" tadi berjalan ke tengah padang untuk meneruskan acara yang mereka sertai...kasihan mereka..bagaimana perasaan mereka agaknya jika tahu mereka digelar begitu oleh guru/cikgu mereka sendiri....alangkah malangnya mereka...
Aku memikirkan satu perkara sahaja....Guru/cikgu yang berkata "sekolah bongok" tadi sedar atau tidak bahwasanya "sekolah bongok" itulah yang memberi rezeki padanya tiap bulan...rezeki yang dia kongsi bersama keluarganya juga barangkali...tanpa "sekolah bongok dan murid bongok" ini dapatkah dia sumber pendapatan yang tetap tiap bulan untuk membeli itu dan ini...membayar itu dan ini....fikir-fikirkan.
Sesi mengumpat kali kedua....mengumpat rakan guru sendiri!
Jika tadi mereka berdiri..kini duduk pula dikerusi yang tolong dibawa oleh murid-murid mereka!
"ala..dia tu memang....dia tanya aku XXXXX....aku cakap siapa....pastu kau tengok cara dia mengajar?...bla bla bla.......pastu dia nak baik-baik la ngan kita...."
Aku tak kata aku baik..aku pun mengumpat juga....cuma apa yang aku ingin katakan disini adakah wajar kita "mengumpat" di dalam suasana /persekitaran yang sebegini... kata orang tua-tua; cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar sebab dinding dan tembok tanpa kita sedari punya mata dan telinga!....aku rasa 2 orang cikgu ini belum khatam kamus perumpamaan melayu agaknya walaupun mereka orang melayu!
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cikgu-cikgi nie manusia biasa jer..
ReplyDeletemungkin profesion GURU tu kita rasa cam tak patut jer diorang berkelakuan begitu..
ada gak guru yang aku kenal, tak berapa ikhlas nak jadi cikgu..
dah takde kerja lain, jadi cikgu kpli gaji besar..sambar aje ler..
tu yang kadang2 kita tgk diorang nie mulutnya ngalahkan mak2 yang dok bersidai depan rumah..
yang jadi mangsa anak2 juga..
beza sgt cikgu2 dulu n teacher2 zaman milenium la ni ek yus...
ReplyDeletesy sdr pnh mengalami situasi ni
ReplyDeletetapi rasanya yg plg sedih sbb mereka ni yang bergelar 'lecturer'...
sgt senang mencanang keburukan studentnya sdr...haishh...sgt mengecewakan!
maybe kebetulan sy yg lalu & terdengar, bagaimana kalau yg menjadi bhn umpatan tu yg lalu? aduh... pastinya hilang terus rasa hormat pada mereka kan?