Tuesday, April 14, 2009
Ku InGin BersaMamu...
TAJUK BUKU : KUINGIN BERSAMAMU
PENULIS : DYZA AINUN
PENERBIT : BUKU PRIMA SDN BHD
HARGA : RM18.90
CETAKAN PERTAMA : 2009
GENRE : KASIH SAYANG & KEKELUARGAAN
BINTANG : 3 1/2
------------------------------------------------------------
The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything that comes their way."
Resensi Si Ungu:
Jika diimbau kembali, buku ini bukanlah yang pertama yang mengangkat kisah gadis gemuk yang kemudian di hujung cerita menjadi kurus dan cantik. Begitupun menariknya buah tangan kedua penulis dari negeri Darul Iman ini adalah pendekatan yang dibawa dan diaplikasikan kedalam naratifnya ini. Ia bukanlah sekadar bercerita tentang azam, semangat serta kegigihan seseorang didalam mencapai matlamat namun yang lebih utama adalah kaedah penceritaan yang digunapakai penulis nampak lebih segar, bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca. Lebih utama kaedah persembahan cerita tampak tidak membosankan. Ia menjelmakan idea yang segar dan menarik daripada kebanyakkan cerita yang berkonsepkan jalan cerita yang sama yang pernah kita baca sebelum ini.
Kuingin Bersamamu (KIB) yang merupakan naskhah kedua penulis selepas Lamaran Hati membawa tema yang baik untuk diasimilasikan dalam kehidupan . Dengan menggabungkan genre kasih sayang dan kekeluargaan, kisah yang digarap cukup hampir dengan kehidupan seharian kita. Penulis ternyata cukup peka, cukup arif dengan persekitaran kehidupan yang digambarkan beliau menerusi KIB ini. Saya kagum dengan perincian penulis di dalam naratif ini terutama ketika watak utama; Dida Qistina melalu proses menguruskan badan.
Dida Qistina dan Ziqree Hadiff adalah peneraju utama yang menjadi nadi kekuatan naskhah KIB ini. Penulis begitu teliti membina kedua-dua watak utama ini dan ternyata mereka sangat memberi pengaruh kepada persembahan cerita secara keseluruhan. Ia dibina dan diperhalusi penulis dengan cemerlang sekali. Dida Qistina semontel yang sentiasa ceria, kesayangan ibu bapa dan mempunyai sikap yang sangat mudah di dalam melihat kehidupannya. Dan kerana keterbukaannya dalam menerima keadaan diri tanpa sekelumit rasa rendah diri menjadi dia seorang yang begitu disenangi ramai. Berlainan dengan Ziqree yang sangat mendendami perempuan kesan perbuatan bekas tunangan yang curang padanya, Ziqree digambarkan dengan baik sebagai lelaki yang mempunyai sikap berhati-hati dalam memilih teman hidup dan sifat awalnya yang agak pendiam agak kontra dengan Dida yang kecoh! . Satu percantuman watak yang sangat menarik dipersembahkan penulis. Sayang sedikit pembinaan watak pembantu utama yang antagonis, Syarifah Nur Ima kurang menonjol dan tidak cukup kuat dan berkesan didalam memberi impak kepada persembahan cerita. Saya fikir ini mungkin disebabkan penulis tidak mahu terlalu menonjolkan watak antagonisnya ini. Pembinaannya mungkin sekadar mewarnai naratif ini sahaja.
Hampir 95% plot naratif ini dibina berorientasikan jajaran kronologi. Pergerakkan plot yang selari dengan mood penceritaan telah menambahkan lagi keindahan warna KIB.
Penggunaan laras bahasa yang mudah yang kadangkala disulami frasa-frasa baru yang spontan sangat memberi kesan kepada mood pembacaan. Mesej penulis di dalam naratifnya ini bagi saya cukup baik didalam memberi penjelasan tentang amanah pada janji yang termeterai. Juga tentang keazaman dan kesungguhan di dalam melakukan sesuatu pasti mendapat ganjaran yang sewajarnya, insyaallah.
Buat penulis, sekalung tahniah atas persembahan anda yang sangat baik dalam Kuingin Bersamamu. Semoga akan terus menghasilkan karya-karya yang cemerlang di masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih, si kucing ungu. moga2 semua komen yg membina ni boleh kak dyza jadikan penguat semangat untuk terus menulis. thanks...
ReplyDeletekak Dyza,
ReplyDeletesama2 akak...harapan saya semoga akan akan terus cemerlang berkarya di masa depan...saya tunggu karya akak yg seterusnya tau..heheheh
insya allah...akan terus berkarya. doakan aje, dik.
ReplyDelete