Hidup tanpa buku sama ertinya juga dengan jiwa yang tiada roh...
Monday, December 28, 2009
Pilihan 10 Novel Terbaik 2009...Senarai Kucc
Hari ini 29/12/2009 dan tinggal 2 hari lagi sebelum tirai 2009 berlabuh dengan rasmi...cepatnya masa berputar kan. Sepanjang 2009 ini banyak juga novel-novel dari pelbagai terbitan yang telah selamat kucc katamkan. Cuma tahun ini agak perlahan sedikit rentak bacaan kucc, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya memang cergas sokmo...maklumlah dulu kita muda laa ni tua dah, hehehe. Ada juga yang dibaca dari terbitan tahun sebelumnya dan di sini sebagai perkongsian maklumat dan sekadar pandangan seorang pembaca, kucc senaraikan 10 novel pilihan kucc yang difikirkan terbaik dari segi tema, mesej, persembahan cerita, isi yang mampan, teknik suntingan, gaya dan olahan bahasa, susunan plot juga watak-watak yang ditampilkan. Kesemua ciri-ciri ini menjadi elemen penting yang kucc fikir mampu menjulang sesebuah karya dan mengangkatnya sebagai karya yang baik dan memberi manfaat juga sisipan teladan baik kepada yang membacanya.
Naskhah yang baik bagi kucc mampu memberi kesan langsung pada pembaca dan kesan itu akan sentiasa berbekas di jiwa dan meninggalkan jejaknya di sanubari. Tidak semua naskhah ada aura ini. Kisah yang berkesan mampu diingati sampai bila-bila hatta melangkau abad sekalipun. Keterampilannya akan sentiasa diingati, jajaran ceritanya pasti tidak akan mudah luput dari minda. Naskhah yang baik dari sudut pandangan masing-masing mungkin berbeza ritma dan nahunya dan setiap dari kita selaku pembaca punya penanda aras tersendiri di dalam menobatkan karya manakah yang kita rasakan terbaik. Tepuk dada, tanya selera bukan...
1. Jaja & Din - Noor Suraya 2. Sigaraning - Imaen 3. Lentera Mustika - Nisah Haron 4. Rooftop Rank - Hlovate 5. Dame Zoete Sarah - Khairyn Othman 6. Percayalah...Akhirnya - Ruby Hazri 7. Episod Cinta Di Tanah Hijrah - Amaruszati Noor Rahim 8. Pelangi - Syud, Hlovate & Noor Suraya 9. Rahsia Hati Sofea - Nazurah Aishah 10. Kemilau Mutiara Raudhah - Saidatul Saffaa
SebaRanG penGambiLan maNa-maNa baHagiaN daRipaDa tuLisaN di Sini perLulaH menDapaT iZin daRipaDa tuaN ruMaH... AtauPun, siLa beRi kRediT bahaWa anDa menGambiL maNa-maNa kenYaTaaN daRi bloG Kucc AprilSnow iNi.
TeriMa kaSih...
Harap Maklum...
Ulasan buku yang aku tulis disini berdasarkan penilaian aku sebagai pembaca. Dari kacamata aku sebagai pencinta karya kreatif. Aku menulis dari apa yang aku baca dan aku faham. Jika ada yang aku tulis disini mengguris hati sesiapa tanpa aku sedari khilafnya, aku minta maaf ...maaf banyak2. Aku sekadar menulis dari apa yang aku tahu dengan pengetahuan yang begitu minima..
Selesai Dibaca Pada 2011.
1.Jet Jonah(Ika Madera)-Jan2011
2.Yang Kehilangan(Nor Rafishah Md Hassan)-Jan2011
3.Secebis Impian(Muhd Nasruddin Dasuki)-Jan2011
4.Dunia Manusia(Pramoedya A.T)-Jan2011
5.Disini Luruhnya Musim Kasih(Siti Rohaya Atan)-Jan2011
6.Noktah Di Hujung Rindu(Hafizah Iszahanid)-Feb2011
kucc...
ReplyDeletesememangnya minat dan citarasa kita tidak jauh beza! wan suka apa yang kucc suka *wink* & rasanya senarai wan lagi panjang kot! hehehe
apa yang penting kita tahu apa yang hati kita suka dan pedulikan apa yang orang nak kata...
nombor 9 itu sesungguhnya memang nombor favorite saya :)
ReplyDeleteterima kasih kucc!
salam...memang2 best novel2 yg 10 terbaik ni..congrates to JS, 80% buku novel JS kak kucc pilih...tp x sempat bacer lg Jaja n Din....
ReplyDeleteNaz - kucc tunggu smbgan RHS...bayu tanjung puteri dah bisik2 kata ada..wink 3x
ReplyDeleteNur - alahai adik, jgn la lepaskan masa...rugi la kalau xbc hikayat Jaja & Din yg sgt manis ini...