Tajuk Buku :Panggil aku Dahlia
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre: Kekeluargaan (Cinta & Kasih Sayang)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Resensi Si Ungu:
“ kata ayah tentang teh:
tea brightens morning, refreshes afternoons and warms nights…”
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cabaran getir bagi setiap penulis tatkala menghasilkan karya terbaru cuma satu; mampukah karya berkenaan mengatasi karya mereka yang terdahulu.Bukan mudah untuk mencapai piawaian dan kehendak pembaca kerana sebagai pembaca kehendak mereka adalah pelbagai, tidak terbatas dan mereka hanya mahukan yang terbaik dari setiap sen yang mereka keluarkan. Maka, inilah tanggungjawab yang harus dipikul dan terbeban di bahu setiap penulis tatkala ingin merealisasikan kehendak itu. Dan ia ternyata bukanlah satu tugas yang mudah.
Sebagai seorang penulis yang cukup berpengalaman di arena dan pentas penulisan kreatif tanahair, kehebatan cetusan idea dan pena Noor Suraya tidak perlu dipersoalkan lagi. Beliau ternyata begitu teliti dan peka dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat pembaca tatkala mengerah idea demi melahirkan sebuah karya baru yang benar-benar hebat, berkualiti dan mencapai aras piawaian yang dikehendaki pembaca. Kelahiran novel terbaru beliau yang juga novel kelapan nukilannya ternyata cukup kuat menggamit para pembaca,peminat juga pencinta novel tanahair untuk sama-sama duduk dan menghayati satu kisah, satu cerita yang sungguh dekat dengan kehidupan kita.Satu lagi kejayaan diulangi oleh si pemilik nama Noor Suraya ini.
Panggil Aku Dahlia (PAD), sebuah karya cantik hasil cetusan idea beliau yang tidak perlu dipersoalkan lagi kehebatan pena saktinya tatkala berkarya. Cantiknya PAD pada pandangan saya tersimpul dari cara penulis menggarap cerita ini menjadi sebuah naskhah yang bukan sahaja indah laras bahasa dan persembahannya, namun yang lebih utama isi dan mesejnya cukup terkesan di jiwa tatkala membacanya. Banyak pengajaran berguna yang ditabur olehnya untuk kita kutip sebagai renungan dan panduan. Ada ketika rasa sendu pasti singgah di jiwa melihat perjalanan hidup Putri Dahlia @ Dahlia, watak utama dalam PAD ini yang tidak seindah pelangi. Ada ketika pula senyum dan tawa bertamu di bibir melihat perang teluk antara Dahlia dan musuh tradisinya; Wadi Hannan @ Wadi yang tak kunjung padam. Lucu sekali.
Penulis yang lebih mesra dengan panggilan kaksu ini cukup bijak menebak fikiran dan naluri pembaca yang ketandusan cerita-cerita yang bertunjangkan tema dan mesej mantap tetapi disampaikan dengan cukup puitis, penuh pesona tapi cukup bersahaja. Kehebatan karya terdahulu kaksu, Surat Ungu Untuk Nuha(SUUN) ternyata berjaya diulangi PAD malah ia jauh lebih baik dari setiap aspek; baik persembahan, plot/jalan cerita juga tidak ketinggalan sisipan mesej-mesej berguna yang menyulaminya.
Penggunaan elemen-elemen bahasa yang cantik kerapkali digunapakai di dalam PAD dan ternyata ia sangat mempengaruhi mood pembaca untuk terus terpesona mengikuti perjalanan kisah si Putri Dahlia Megat Qais ini. Kaksu ternyata cukup pintar mengolah kata-kata manis yang penuh personifikasi dalam memakukan pandangan dan minda pembacanya agar tidak terkalih perhatian mereka pada yang lain, tapi hanya pada PAD hingga ke noktah terakhir. Sebagai penulis wanita, cara pengungkapannya lebih halus kerana penulis wanita lebih handal mengartikulasi emosi dengan lebih baik dan jelas berbanding penulis lelaki…(pendapat saya lah, hehehe)
Saya cukup tertarik dengan teknik suntingan dalam PAD ini lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan plot cerita yang bukan bersifat jajaran kronologi langsung. Tanpa suntingan yang teliti, imbasan kembali yang dicuba dibawa pasti mengganggu tumpuan pembacaan dan ia pasti menjejaskan mood pembacaan. Kaedah yang digunapakai dalam PAD untuk pembaca kembali ke zaman persekolahan Dahlia, zaman permulaan tercetusnya perang gerila antara Dahlia dan Wadi digarap dengan cukup halus, teliti dan cemerlang sekali sehingga kita tidak sedar kita sedang dibawa ke masa lampau Dahlia.
Jika diperhalusi, kekuatan PAD terletak pada penceritaannya sendiri. MemangIah jika dilihat secara kasar, penceritaan begini bukanlah sesuatu yang baru, namun penulis bagi saya jauh ke hadapan kerana berjaya membentuk satu kesatuan paling integral yang cukup harmonis antara cerita dan penceritaan. PAD membawa pembaca menyusuri perjalanan masa lampau dan kini seorang Putri Dahlia Megat Qais yang disulami pelbagai catatan suka duka, pedih lara yang diungkap dengan permainan kata-kata juga bahasa tubuh yang cemerlang. Perwatakan 2 pendukung utama PAD ini juga istimewa. Saya seperti terpandang Nuha(SUUN) pada Dahlia, terkilas Alang(SUUN) di mata Wadi namun Dahlia jauh lebih ganas, lebih brutal dari Nuha, dan Wadi pula lebih sedikit akal jahatnya dari Alang. Yang nyata persembahan mereka sangat-sangat cemerlang.
Latar cerita yang mengabadikan Tanah Tinggi Cameron sebagai lokasi utama cerita diadaptasikan ke dalam PAD dengan cukup teliti. Ketelitian inilah yang membentuk satu gerak kerja yang menghasilkan gambaran sinematografi yang membanggakan walau cuma dizahirkan dilayar kertas. Kreativiti penulis benar-benar terpamer di sini.
Untuk Noor Suraya a.k.a kaksu yang sangat-sangat saya kagumi bakat penulisannya, sekalung tahniah atas persembahan hebat dan mantap anda dalam Panggil Aku Dahlia. Ternyata pengorbanan anda dalam menghasilkannya cukup berbaloi sekali. Semoga kaksu akan terus berkarya, terus mencurah dan berkongsi idea dan cerita hebat cetusan minda kreatif anda dengan kami, para pencintamu. Terima kasih juga kerana “mengundang” kami membuat penampilan cameo dalam PAD(kaksu tau siapa kami itu kan…hehehe).
Buat pembaca budiman di luar sana, jika anda mencari-cari satu kisah, satu cerita yang akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat, maka Panggil Aku Dahlia adalah jawapannya.
Salam kenal cik KUCC
ReplyDeletesedapnya cik KUCC review ttg Dahlia :) tertegun pink :)
kucc, pinK nak link/promote blog ini ya, boleh kan...
Salam buat Cik Kucc,
ReplyDeleteLimau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.
Membaca review Kucc dengan 6 kuntum bunga orkid ungu menunggu, membuat kaksu terbuai-buai ke barat & timur... akhirnya, rasa itu diredakan sedikit dengan menghirup secangkir teh hangat lagi manis, di bawah pohon ceri.
benarkah begitu,
mungkinkah begitu...?
dan, dalam hati kaksu membungkus seluruh rasa malu-malu... namun rasa malu-malu itu tidak juga kaksu mampu usir pergi...
hmmm... kucc terlalu memuji, untuk karya kecil kaksu ini... karya yang tidak sepertinya...
syukur kepada Dia yang memberi ilham, sehinggakan kaksu dapat berkongsi cerita kecil ini dengan mereka yang sudi membacanya.
Salam penuh takzim,
kaksu
salam pink..terima kasih...kucc hanya tulis dr rasa n terbit di hati dan jiwa tatkala selesai mentelaah naskhah ni..
ReplyDeletenk link n promote blog kucc yg xseadanyer ini..aduhh malunyer,pondok kecil kucc ni tahap seadanya aje pink...kalau pink sudi "mengiklankan" alangkah besar hati kucc mendengarkan..daun keladi dr kucc ye pink..hehehe
salam kaksu...kucc ni mmg peminat tegar n berani mati kaksu ( jgn boom udah ler ye..hehehe)..tamat membaca, segala rasa yg terbit di hati, kucc luahkan semuanya disini...seikhlas n sejujur mungkin...dr dulu hingga kini dan akan dtg juga (insyaallah) karya2 kaksu sentiasa berjaya membeli jiwa ini...ada semcm satu rasa indah yg tak dpt kucc gambarkan tatkala membaca setiap karya kaksu ( btol ni..x bodek taw)...
pujian itu bertempat dan ditempat yg sewajarnya, justeru kalungan pujian tersebut mmg layak dileher kaksu, titik.
kaksu, teruskan menghayun pena sakti itew menggegarkan persadanya ye...jgn sia2 anugerah-Nya yg sungguh istimewa ini utk insan seistimewa kaksu yg shomel ini.
salam.. wah 6stars.. nk kene grab.. baru abis baca tangisan berdarah by hasrudi jawawi.. dr 6bintang yg kucing ungu bagi tahap piawai maksimas, akim bagi 5bintang.. suspen gilas..
ReplyDeletesalam akim..macih jenguk pondok kucc kt sini...penilaian ni berdasarkan pendapat peribadi kucc ats P.A.D, ia mmg karya yg sgt menggagumkan, sehebat tukang ceritanya...
ReplyDeletetu laa kucc dh beli buku tu tp takut sgt nk bc...sbb msk belek2 sinopsis dia sebut pontianak, aaarghh tidakkk..dah laa kucc ni penakut gilerr..
pink...macih, macih, macih..dan macih sekali lagi.
ReplyDelete